1,145 mangsa banjir di 9 PPS Selangor, Perak

Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak setakat 9.50 pagi ini berkurangan kepada 1,145 orang berbanding 4,731 orang petang semalam.
Semakan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua negeri itu.
Di Selangor, 771 mangsa banjir dari 219 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di tiga daerah, iaitu 654 orang di empat PPS di Kuala Selangor, 85 orang di dua PPS Shah Alam dan 32 orang di sebuah PPS Klang.
Di Perak, dua PPS di Hilir Perak menempatkan 374 mangsa banjir daripada 113 keluarga.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.