النهارمحمد صلاح يستعيد مستواه... هل ينافس مجدداً على الكرة الذهبية؟PunchCBN eyes $18bn annual remittances, plans repo, swap launchThe Jerusalem PostIsraeli tourist deported from Thailand after 14-hour detention at Bangkok airport한겨레[뉴스AS] 세기의 스캔들이 부른 세기의 재판, ‘젠슨 황 소송’ 완전 분석Daily MailMusk furious as Iran and Russia exploit Starlink to attack US and Ukrainian forces, fires at least two executivesLa TerceraFernando Ortiz avisa que quiere el doblete con la Copa Chile: “Es uno de los objetivos y vamos a ir por él”SportstarIndia vs New Zealand, 2nd Test Day 3 LIVE score: Bumrah snaps 292-ball wicketless streak, snares Latham; NZ 30/1 (8)ESPNBuckeyes' Smith adds to record books, makes Heisman case in blowout of MichiganBBC NewsHuw Edwards says he sometimes regrets pleading guilty to making indecent images of childrenLenta.ruСтало известно о готовности Польши якобы воевать с РоссиейRai NewsBallando con le Stelle, il Freestyle di Alberto Ravagnani e Erica MartinelliEl Comercio⚽ Canales TV que transmiten Club América vs. Rayados de Monterrey EN VIVO ONLINE por Liguilla MX 2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 29, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Jumlah mangsa banjir Sabah meningkat, Selangor catat penurunan

Translate

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, manakala di Selangor berkurangan dan Perak kekal, dengan keseluruhan 1,619 orang masih berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri itu, pagi ini.

Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 883 orang daripada 295 keluarga setakat 8 pagi berbanding 842 orang daripada 291 keluarga pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan banjir akibat hujan lebat berterusan itu melibatkan sembilan kampung di Beaufort, Sook dan Nabawan.

Sook mencatatkan pertambahan terbesar kepada 308 mangsa berbanding 281 orang malam tadi, manakala Beaufort meningkat kepada 308 orang daripada 300, dan Nabawan kepada 267 orang daripada 261.

Kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS, dan tiada kematian atau mangsa terjejas di luar PPS dilaporkan.

Di Selangor, jumlah mangsa terus berkurangan kepada 549 orang daripada 171 keluarga pagi ini berbanding 702 orang daripada 217 keluarga petang semalam.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya dua PPS masih beroperasi di Kuala Langat, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang yang menempatkan 535 mangsa dan Dewan Orang Ramai Kampung Labohan Dagang dengan 14 mangsa.

Di Perak, jumlah mangsa kekal 187 orang daripada 54 keluarga di tiga PPS di tiga daerah berikutan air di kawasan kediaman mereka belum surut akibat fenomena banjir termenung.

Menurut Sekretariat JPBN, PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai di Manjung menempatkan 129 orang daripada 38 keluarga, diikuti PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan di Hilir Perak dengan 51 orang daripada 13 keluarga dan PPS SK Batu Hampar di Larut, Matang dan Selama dengan tujuh orang daripada tiga keluarga.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Padang Serai-Beruas masih ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir pada sebelah petang di semua daerah di Perak.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.