النهارمحمد صلاح يستعيد مستواه... هل ينافس مجدداً على الكرة الذهبية؟PunchCBN eyes $18bn annual remittances, plans repo, swap launchThe Jerusalem PostChina warns 'reunification' cannot be stopped following Taiwan's local elections경향신문출산 무주택 가구 93.9% “서울시 지원에 주거비 부담 덜었다”Wirtualna PolskaCztery lata trzymał w mieszkaniu ciało matki. Wstrząs w HamburguLa NaciónInstituto vs. River, por los cuartos de final del torneo Clausura, EN VIVO: el minuto a minuto del partidoSCMP ChinaTaiwan’s local election results won’t change cross-strait course, Beijing says中国新闻网以赛为媒激活“雁阵效应” 福建宁德第二届乡村创业大赛决赛举行Daily MailSecond earthquake rattles California after plane was forced to abort landing and windows shattered at LAX: 'It just shook my building'South China Morning Post‘That is love’: Chinese mother shares toddler’s final 11 days to urge genetic screeningLenta.ruВрач прокомментировал мифы о безвредности никотина и алкоголя в малых дозахThe Sydney Morning HeraldThe humble Byron Airbnb at the centre of state’s biggest crypto bust
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 29, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Perjelas status wajib Tahun 1 usia 6 tahun, kementerian diberitahu

Translate

Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan sama ada mahu meneruskan cadangan mewajibkan kemasukan Tahun 1 bagi kanak-kanak enam tahun, kata seorang pemimpin MCA susulan dakwaan kenyataan bercanggah pegawainya.

Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon, berkata pada 24 Nov diumumkan kemasukan wajib akan dilaksanakan mulai 2029, dengan 2027 dan 2028 dijadikan tahun pilihan yang membolehkan ibu bapa memilih mendaftarkan anak lebih awal.

Namun, dua hari kemudian, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementerian akan menilai tahap kesediaannya sebelum memutuskan sama ada kemasukan Tahun 1 bagi kanak-kanak enam tahun akan diwajibkan pada 2029, seperti dicadangkan sebelum ini.

“Apakah pendirian atau dasar sebenar kementerian? Jika kementerian telah memutuskan untuk melaksanakan dasar tersebut pada 2029, mengapa ia disifatkan sebagai satu cadangan? Jika dasar itu masih dalam penilaian, mengapa ketua pengarah pendidikan telah bercakap mengenai pelaksanaannya,” kata Mah dalam kenyataan.

Mah, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MCA, berkata dasar pendidikan tidak sepatutnya diguna untuk meraih kelebihan politik.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kementerian telah menjalankan kajian mengenai kesediaan kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun untuk mendaftar ke Tahun 1, sambil menyatakan pembaharuan besar memerlukan hala tuju dasar yang jelas, penyelidikan saintifik serta persediaan rapi.

“Kanak-kanak bukan tikus makmal, dan pendidikan bukan satu projek pentadbiran yang boleh disegerakan begitu sahaja,” katanya. “Kementerian tidak wajar terburu-buru menetapkan 2029 sebagai tarikh akhir bagi pelaksanaan wajib.”

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.