ESPN DeportesVolk noquea a Evloev y retiene el título peso plumaInquirerSuspect in RPG attack on Maguindanao mayor arrestedESPNFollow live: Brewers' Frelick smashes solo homer to tie the score한겨레‘정수빈 기 받은’ 김보미와 ‘관록’의 임정숙 결승서 맞대결UOLLula x Flávio nas novas pesquisas de segundo turno: veja números atualizadosRappler[Two Pronged] My love and sex life are complicated, and I want a committed relationshipZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioLenta.ruМаск выступил с жестким заявлением по Украине中国新闻网窑火、稻浪与茶香 缅甸青年用镜头定格云南临沧乡村振兴新貌BBC NewsBudget to include £1bn for social and affordable housingRai NewsMotoGP: Marquez vince la Sprint e vede il titolo. Gara rimandata causa pioggiaSportstarAtletico Madrid vs Deportivo La Coruna player ratings — Alvarez grabs winner as Atletico closes gap at top of La Liga
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

Sultan Selangor kecewa salah urus TH, muak politik keterlaluan

Translate

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa terhadap salah urus Lembaga Tabung Haji (TH), selain sudah muak dengan kegiatan politik keterlaluan yang tidak mendatangkan hasil.

Baginda bertitah TH ditubuhkan bagi membantu umat Islam di Malaysia menabung untuk menunaikan ibadah haji di Makkah, justeru salah urus serta dakwaan penyelewengan tidak sepatutnya berlaku.

“Begitu juga, pengurusan dana yang diperuntukkan bagi tujuan keagamaan mestilah berlandaskan akauntabiliti dan tanggungjawab,” titah baginda sambil menegaskan bahawa prinsip sama turut terpakai kepada rumah ibadat semua agama dan rumah anak yatim.

Baginda bertitah demikian kepada dalam wawancara khas Bernama bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin turut menggesa ahli politik di Selangor supaya memberikan tumpuan kepada usaha berkhidmat untuk rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi dan memelihara perpaduan bagi mengekalkan kedudukan negeri itu sebagai antara negeri terunggul di negara ini.

Baginda bertitah sudah muak dengan kegiatan berpolitik secara keterlaluan yang tidak mendatangkan hasil.

“Seperti rakyat, beta juga sudah muak,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, tidak ada tempat bagi politik yang memperalatkan isu kaum dan agama atau mengheret institusi diraja ke dalam pertikaian politik.

“Kekuatan Selangor sejak dahulu lagi terletak pada rakyatnya. Kita bertuah kerana mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya yang telah hidup, bekerja serta menikmati kemakmuran bersama sejak turun-temurun,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda mengakui bahawa ahli politik mempunyai hak untuk membahaskan dasar, mengemukakan pandangan berbeza, dan bersaing bagi meraih sokongan rakyat.

“Bagaimanapun, politik tidak seharusnya sekali-kali mengorbankan keharmonian kaum atau persefahaman antara agama,” titahnya.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan ahli politik supaya mengelakkan kenyataan sensitif yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.

“Jangan cuba menjadi jaguh atau batu api. Fikir sebelum bercakap dan sentiasa berhati-hati,” titah baginda.

Baginda bertitah Selangor, seperti juga Malaysia, dibangunkan atas semangat bertolak ansur, saling menghormati dan kesediaan menghargai perbezaan dalam usaha mencapai matlamat bersama.

Dengan media sosial membolehkan sesuatu mesej tersebar kepada jutaan orang dalam tempoh beberapa minit, baginda mengingatkan bahawa kenyataan tidak bertanggungjawab boleh membawa akibat yang serius.

“Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab boleh dengan mudah membangkitkan emosi, meningkatkan rasa saling tidak percaya dan mencetuskan ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Oleh sebab itu, tokoh masyarakat perlu bertindak dengan bijaksana, berhemah dan penuh rasa tanggungjawab. Kepimpinan bukan sahaja diukur berdasarkan apa yang diperkatakan, tetapi juga kesan daripada kata-kata tersebut terhadap masyarakat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah semua pihak akan menerima kesan buruk sekiranya isu kaum dan agama terus diperalatkan untuk memecahbelahkan masyarakat atau menimbulkan ketakutan dan prasangka.

Baginda menyifatkan kepelbagaian, kestabilan, dan keterangkuman sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan Selangor.

“Pelabur datang ke sini kerana mereka melihat Selangor sebagai sebuah negeri yang aman dan berpandangan jauh. Golongan muda kita mahukan peluang, pendidikan berkualiti, pekerjaan yang baik, perumahan mampu milik dan masa depan yang lebih cerah,” titah baginda.

Baginda bertitah, kepelbagaian masyarakat Selangor seharusnya dianggap sebagai antara kelebihan daya saing terbesar negeri itu, bukannya punca perpecahan.

“Nasihat beta kepada semua pemimpin politik, tanpa mengira parti, adalah mudah iaitu utamakan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik.

“Menjunjung Perlembagaan Persekutuan, hormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, di samping memelihara hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni serta mengekalkan semangat kesederhanaan yang sekian lama menjadi asas negeri Selangor,” titah baginda.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.