InquirerBaguio, Ormoc top circular economy assessment among Green LGUsESPN DeportesSantos luce imparable con sexto triunfo al hilo; Pumas se aleja de la LiguillaPunchMorning recap: Ebola-infected diplomat suffers organ failure, Shettima advises states on power, other top storiesThe Jerusalem PostUS diplomats, families leave Saudi Arabia missions as regional conflict with Houthis escalatesCNN TürkHava Durumu (22-10-2026)Bollywood HungamaManoj Bajpayee reacts to Tiger Shroff firing incident, says “That's really scary”한겨레트럼프 압박에 푸틴 3자협상 동의, 젤렌스키도 “현재 전선 휴전 가능”GIGAZINE「ロボットの赤ちゃん」で育児のシミュレーションをするだけでカップルのテストステロン値に変化が生じるZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüİstanbul'a gök gürültülü sağanak geliyor: Yarın başlıyorTagesschauNach Treffen mit Witkoff - Russland greift Kiew erneut mit Raketen anImpress Watchセブンの買い物アプリ「7NOW」が「LINE」から使える LINEミニアプリ対応
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 22, 2026

50 ahli Wawasan berhimpun di Mahkamah KL

Translate

Sekumpulan ahli Parti Wawasan Negara (Wawasan) berhimpun di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti sebelum pendengaran permohonan Perikatan Nasional (PN) mencabar notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang menggantung semua aktiviti gabungan itu.

Kira-kira 50 penyokong bersama beberapa pemimpin parti itu termasuk dari sayap Pemuda dilihat mula berkumpul seawal 8 pagi sementara menunggu prosiding yang dijadualkan bermula 11 pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Azizan Arshad.

Exco Pemuda Wawasan, Shafiq Abdul Halim, berkata kehadiran mereka bertujuan menunjukkan solidariti kepada PN susulan keputusan JPPM membatalkan pendaftaran gabungan itu.

Katanya, Wawasan juga menuntut penjelasan yang telus mengenai asas dan justifikasi tindakan JPPM yang membatalkan pendaftaran PN.

“Kami turut bimbang sekiranya benar wujud usaha untuk menyekat perkembangan PN, yang kini mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Wawasan Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali, mendakwa tindakan JPPM membatalkan pendaftaran PN sebagai tidak adil dan boleh menjejaskan persiapan gabungan itu untuk menghadapi PRN Melaka.

Exco Undang-undang dan Perlembagaan Pemuda Wawasan, Siddiq Azani pula berharap mahkamah membenarkan penangguhan keputusan JPPM itu sekali gus membolehkan PN bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Melaka, 14 Nov ini.

Pada 23 Sept, JPPM menggantung semua kegiatan PN bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

Tindakan itu susulan notis di bawah Subseksyen 13(2) akta itu bertarikh 22 Sept, yang memberi tempoh munasabah kepada PN untuk memberikan penjelasan berhubung aduan dilaporkan Bersatu.

Susulan itu, PN memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis berkenaan dan menamakan Pendaftar JPPM Muhammad Zulfikar Ahmad serta Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sebagai responden.

Selasa lalu, JPPM membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dalam notis terdahulu.

Pendaftar bertindak susulan aduan Bersatu yang mendakwa parti itu dinafikan hak untuk menghadiri, bersuara dan mengundi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.

Pembatalan pendaftaran itu bermakna PN tidak boleh menggunakan logonya dalam PRN Melaka akan datang, walaupun parti-parti komponennya boleh bertanding menggunakan lambang masing-masing.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.