Shuhaily dikembali kepada polis, menteri kata keputusan dibuat minggu lalu

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Shuhaily Zain dikembalikan kepada polis selepas kerajaan memutuskan untuk menamatkan peminjamannya ke pasukan itu.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan menamatkan pinjaman Shuhaily ke AKPS dibuat minggu lalu.
Shuhaily sebelum ini adalah pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang dilantik mengetuai AKPS pada 1 Julai tahun lalu.
“Beliau adalah polis (yang dipinjamkan) ke AKPS. Jadi, kita kembalikan dia semula kepada pasukan polis,” kata Saifuddin kepada wartawan dalam satu program di sini.
Pada 21 Okt, Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di KLIA, 28 Sept lalu.
Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata kedudukan Shuhaily yang dipinjamkan ke AKPS sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Katanya, perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, penugasan Shuhaily di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun dan sebarang perubahan memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.