Bollywood HungamaWhy Toxic is more than just another gangster drama: 5 reasons to watch Yash’s latestוואלהמשרד ההגנה הרוסי: התחלנו בהכנות לביצוע תקיפות נגד מתקני האנרגיה של אוקראינהDaily MaverickCourts are clear — Unisa bid to gag journalist had to failPunchIG backs mobile police to tackle banditry, insurgencyThe Jerusalem PostIceland rejects EU membership plan in referendum, after almost all votes were countedInquirerOriental Mindoro grid has 29.34-MW power reserve — TransCoCNN TürkBeşiktaş transferde rotayı netleştirdi: Sarr, Lukebakio ve Pereira masadaRTP DesportoMundiais de canoagem. Medalha de prata para João Ribeiro e Messias Baptista em K2 500 metros한겨레대통령 주변을 배회하는 세이렌들 [아침햇발]UOLMulher na urna, homem no poderCollider8 Single-Season Mystery TV Series That Are 10/10 MasterpiecesRai NewsTrovato morto in un parcheggio, uomo ucciso a colpi di pistola
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 30, 2026

Pemain industri gesa jelas kebolehkesanan, pengendalian kargo K8

Translate

Pemain industri maritim menggesa pihak berkuasa menjelaskan prosedur pengendalian dan kaedah mengekalkan kebolehkesanan hampir 77,000 tan metrik kargo petroleum yang dikaitkan dengan pengikraran K8 selepas dipunggah di Tanjung Langsat, Johor, awal tahun ini.

R Jeyenderan berkata penjelasan itu diperlukan susulan persoalan dibangkitkan dalam laporan 18 muka surat disediakan pihaknya, khususnya mengenai bagaimana identiti, kuantiti dan status kargo direkod selepas proses pemunggahan.

“Persoalan dibangkitkan ketika ini tertumpu prosedur pengendalian dan kebolehkesanan kargo, bukannya kesimpulan berlaku sebarang kesalahan semata-mata.

“Laporan itu mendakwa hampir 77,000 tan kargo itu dijejaki daripada kapal kepada tangki dan seterusnya selepas dipunggah, khususnya apabila laporan turut merekodkan inventori sedia ada dalam beberapa tangki,” katanya dalam kenyataan.

Dokumen K8 ialah pengikraran kastam bagi barangan, termasuk kargo petroleum, yang dibawa masuk ke Malaysia secara sementara bagi tujuan pemindahan penghantaran atau transhipment, dan bukan untuk dijual atau digunakan dalam negara.

Menurut Jeyenderan, laporan itu merekodkan dua penghantaran kargo disebut sebagai Atlanta Crude berjumlah keseluruhan 76,954.325 tan metrik menggunakan MT Marlin Santorini dan MT Invictus.

Penghantaran pertama membabitkan 34,903.062 tan metrik menerusi MT Marlin Santorini pada Januari, manakala 42,051.263 tan metrik lagi dikaitkan dengan MT Invictus pada Mac.

Jeyenderan berkata laporan itu turut merujuk bahan seperti Low Sulphur Waxy Residue, Decant Oil, Slurry Oil dan Crude Oil dalam rekod berkaitan beberapa tangki berkenaan.

Menurutnya, berkata perbezaan itu juga tidak boleh dianggap sebagai bukti berlaku sebarang kesalahan kerana mungkin terdapat pindaan pengikraran, kelulusan atau dokumen sokongan lain yang tidak terkandung dalam bahan diteliti.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjelaskan syarat dan prosedur yang terpakai sekiranya kargo di bawah pengikraran K8 dibenarkan dipunggah ke tangki yang sudah mempunyai inventori.

“Jika dibenarkan dipunggah ke tangki yang sudah mengandungi produk lain, wajar dijelaskan syarat terpakai serta bagaimana kuantiti, identiti, klasifikasi dan status cukai setiap kargo dapat terus dijejaki,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.