ESPN DeportesAtlante y Pumas, urgidos por una victoriaThe Jerusalem PostTrump mocks popularity of the name Mohammad, says 'nobody wants to be president' in IranInquirerQuezon wetlands, rice fields remain haven for migratory birds – DENRUOLBorges: Flávio e Lula não fizeram nem golaços, nem gols contra na GloboZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBuenos Aires TimesLula and Milei in the mirrorColliderForget Narnia, C.S. Lewis’ Best Book Trilogy Masterfully Combines Sci-Fi and Fantasyالنهارالعراق يعزز البنية التحتية للطاقة... هل تنهي هذه المشاريع اختناقات الكهرباء؟La NaciónFrida, Diego, la revolución tecnológica y yoEl ComercioCambio de hora en Estados Unidos 2026: ¿cuándo termina el horario de verano y cómo atrasar el reloj?Malay MailQueen expresses concern over haze impact on children’s health, education and mental well-being, says Fadhlina中国新闻网两部门联合发文 推动“电影+体育”跨界合作
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Tak perlu subjek baharu ajar murid hadapi bencana, kata pakar

Translate

Pakar menyokong cadangan menerapkan kemahiran kemandirian dan daya tahan di sekolah bagi membantu pelajar menghadapi bencana serta kecemasan, tetapi berpandangan ia tidak memerlukan subjek baharu.

Pakar perundangan kanak-kanak dan keluarga, Noor Aziah Mohd Awal berkata kemahiran itu memadai diperkukuh melalui sukatan pelajaran sedia ada, termasuk aktiviti kokurikulum.

“Tidak perlu sampai menambah subjek baharu kerana bagi saya, ia akan membebankan pelajar. Sebaliknya, kemahiran menghadapi bencana boleh diajar pada waktu tertentu,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Tumpat Mumtaz Nawi supaya kerajaan memperkenalkan sukatan pelajaran berkaitan kemandirian dan daya tahan di sekolah, institusi pengajian tinggi serta komuniti bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana dan kecemasan.

Mumtaz berkata kemahiran praktikal ikhtiar hidup wajar diterapkan dalam pendidikan, terutama bagi menghadapi kemungkinan fenomena Super El Niño tahun depan, dengan suhu yang menurutnya berpotensi melebihi 41 darjah Celsius.

Noor Aziah, yang juga bekas pesuruhjaya kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), berkata latihan simulasi bencana antara pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar cara bertindak ketika kecemasan.

“Saya pernah melawat sebuah sekolah di Jepun dan mendapati mereka menjalankan simulasi bencana setiap bulan memandangkan negara itu berdepan gempa bumi dan tsunami,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendengar amaran bencana, murid di sekolah berkenaan mengambil beg dan berlindung di bawah meja sebelum mengikut arahan guru untuk turun tangga secara perlahan-lahan ke tempat selamat.

Beliau turut membangkitkan ketiadaan latihan kebakaran di sesetengah sekolah di Malaysia dan mencadangkan latihan menghadapi bencana seperti banjir serta ribut taufan dilaksanakan, termasuk menerusi aktiviti kokurikulum.

Utamakan keupayaan menilai bahaya

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, turut berpandangan tidak perlu menambah beban kurikulum bagi menerapkan kemahiran berkenaan.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mempunyai garis panduan berkaitan alam sekitar, perubahan iklim dan kesihatan awam yang pelaksanaannya perlu diperkukuh supaya pelajar memahami cara bertindak apabila berdepan risiko bencana.

“Apa yang lebih penting ialah memberi penekanan kepada cara berfikir pelajar supaya mereka tahu menilai bahaya dan tindakan yang perlu diambil dalam situasi berbeza,” katanya.

Menurutnya, pembelajaran itu boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum atau dijadikan projek bagi mata pelajaran seperti Sains atau Bahasa menggunakan sukatan sedia ada.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hasan, pula berkata garis panduan pengurusan bencana sedia ada perlu diperkukuh dan disampaikan dalam bentuk yang lebih mudah difahami pelajar.

Beliau turut mencadangkan KPM mengadakan ceramah awam secara berkala dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta alumni sekolah.

Katanya, usaha itu penting supaya pelajar dan guru mendapat maklumat terkini, khususnya mengenai perubahan iklim dan bencana alam.

“Pendedahan oleh pakar dalam bidang berkaitan juga penting bagi memberi panduan mengenai langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Tak perlu subjek baharu ajar murid hadapi bencana, kata pakar — KioskNews