PunchPentagon sacks military newspaper chiefs over editorial freedom rowCNN TürkBarrack: İsrail Türkiye’yi kışkırtıyorInquirer55 nabbed, P2.28-M illegal drugs seized in Ilocos regionUOLRotam prende foragido e apreende drogas em IvaiporãSky TG24Ebola in Congo, arrivate oltre 16mila dosi di vaccinoוואלהרוכב אופנוע בן 26 נהרג בתאונת אופנוע בצפוןPremium TimesWhat Warren Buffett and Tony Elumelu’s legendary lives tell us, By Adeola AkinremiWirtualna PolskaTragiczny wypadek w Głogowie Małopolskim. Zginęły dwie osobyANSA SportF1: Gp Olanda, Russell vince la SprintCBS NewsIran declares it has won the war as U.S. turns to economic warfare7sur7Ce syndrome touche 9 femmes sur 10: “Ça ressemble à une dépression, mais le traitement est totalement différent”VilaWeb“Com aquests, mai a la vida”: els afectats pels aiguats al Baix Penedès i el Tarragonès en remarquen la intensitat
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, August 22, 2026

PKR diberi amaran kepulangan bekas pemimpin berpotensi cetus persaingan

Translate

Nilai tambah dari segi sokongan pengundi dengan menerima semula veteran seperti Tian Chua dan Xavier Jayakumar ke dalam PKR mungkin tidak sebesar diharapkan parti itu, kata penganalisis.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, kepulangan mereka boleh membuka jalan kepada kebangkitan semula akar perjuangan reformasi parti, namun pada masa sama berpotensi mencetuskan persaingan baharu untuk merebut jawatan.

Manakala, Wong Chin Huat dari Sunway University berkata perjuangan reformasi mungkin tidak lagi mempunyai daya tarikan seperti dahulu.

Seorang lagi penganalisis Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, kepulangan mereka boleh membantu menghalang sokongan akar umbi parti daripada terus merosot.

Isnin lalu, Xavier mengesahkan menyertai semula PKR selepas Presiden Anwar Ibrahim menggesa veteran parti yang berasa tersisih kembali bersama.

Tian Chua pula sudah diterima semula sebagai ahli parti.

Chin memberitahu FMT, kepulangan mereka boleh membuka ruang kepada lebih ramai bekas ahli parti untuk kembali. Namun, memberi amaran langkah itu juga boleh mencetuskan persaingan baharu antara mereka yang kembali dengan pemimpin sedia ada dalam parti, khususnya untuk merebut kerusi dan jawatan kepimpinan.

Beliau berkata, Xavier dan Tian Chua dijangka tidak sekadar berpuas hati dengan memainkan peranan di belakang tabir.

“Mereka akan mahukan jawatan kepimpinan. Dan melainkan ada kerusi untuk diberikan kepada mereka, saya tidak nampak bagaimana perkara ini boleh berjaya,” katanya, merujuk kepada kawasan yang mungkin ditandingi ahli yang kembali itu dalam pilihan raya.

Chin berkata, Tian Chua mungkin mahu kembali bertanding di kerusi Parlimen Batu yang pernah disandangnya selama empat penggal sebelum digugurkan sebagai calon pada 2022.

Beliau dipecat daripada parti pada tahun sama selepas bertanding di kerusi itu sebagai calon bebas.

Xavier pula meninggalkan PKR pada 2021, sebelum itu beliau adalah Ahli Parlimen Kuala Langat.

Wong pula meragui sama ada kepulangan bekas pemimpin mampu meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PKR. Parti itu berdepan kesukaran menarik pengundi Melayu daripada PAS dan Umno, yang kini menjadi lebih kuat di kawasan majoriti Melayu susulan kerjasama kedua-duanya.

Dengan sokongan PAS, Umno mencatat kemenangan besar dalam PRN Johor 11 Julai lalu. Menerusi pembahagian kerusi antara kedua-dua parti, mereka turut merampas Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH), tiga minggu kemudian.

Wong turut berkata, tokoh era reformasi dan Pakatan Rakyat kini mempunyai daya tarikan terhad dalam kalangan pengundi bukan Melayu yang lebih muda. PR adalah pendahulu kepada PH.

Sebaliknya, beliau berkata Anwar patut mempertimbangkan usaha berdamai dengan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, bekas pemimpin PKR yang kini menerajui Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Wong turut mengingatkan PKR tidak terburu-buru mengajak semula mereka yang bersekutu dengan bekas timbalan presiden parti, Azmin Ali.

Azmin antara tokoh terlibat dalam ‘Langkah Sheraton’ yang menjatuhkan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Ramai pengundi PH sangat tidak menyukai Azmin dan kumpulannya. Menerima mereka kembali ke dalam PKR mungkin meningkatkan kebencian, baik di dalam mahupun luar parti,” kata Wong.

Fauzi yang turut menggesa supaya semangat ‘reformasi’ disemarakkan semula berkata, veteran yang kembali boleh dilibatkan dalam program jelajah bagi mengingatkan ahli muda parti mengenai cabaran pernah dihadapi PKR ketika menjadi pembangkang.

Beliau menggesa pengampunan diberikan secara menyeluruh kepada bekas pemimpin, bukannya memilih siapa yang boleh kembali, mengambil contoh inisiatif ‘Rumah Bangsa’ Umno yang menyaksikan bekas pemimpin dipecat seperti Khairy Jamaluddin, dan Hishammuddin Hussein yang digantung kembali menyertai parti.

Katanya, pendekatan itu juga berpotensi membuka ruang kepada usaha berdamai dengan Bersatu, yang kini mempunyai Azmin sebagai salah seorang pemimpin kanannya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.