The Jerusalem PostUS offers reward of up to $20 million, possible relocation for information on Iran nuclear programCNN TürkFransa'da grev depremi: Macron'a destek tarihi dipteInquirer EntertainmentDolly Parton’s manager drops lawsuit against nephewBollywood HungamaDelhi High Court rules Doosra infringed Sourav Ganguly's personality rights, directs makers to deposit Rs. 2 croresPunchICYMI: How MTN users can access FG’s N50,000 grantZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFInteriaUSA kuszą nagrodami za informacje o Iranie. Do zdobycia 20 milionów dolarówSportstarन्यूजीलैंड बनाम भारत लाइव स्कोर, दूसरा वनडे: भारत 40/3, जीत के लिए 95 रन चाहिए; कोहली, गिल, रोहित पावरप्ले के अंदर आउट हो गए।CNN بالعربيةواقع جديد بعد 60 عاماً من الإنكار حول برنامج الأسلحة النووية الإسرائيليSözcüEn sağlıklı kuruyemiş açıklandı: Badem ve Antep fıstığından daha çok omega-3 içeriyorDaily MailDAILY MAIL COMMENT: How we can show dementia carers they are not alonePremium TimesSPECIAL REPORT: Inside Lagos communities where public drains have become sewage channels
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Onn Hafiz pertahan sindir PH, rakyat Melaka terima baik BN-PN

Translate

Ketua Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi mempertahankan kenyataannya mengenai sindiran Pakatan Harapan (PH) hanya ‘membuang masa dan wang’ bertanding PRN Melaka.

Beliau berkata, kenyataannya mengenai PH dibuat berdasarkan maklumat, maklum balas, dan pemerhatian sendiri pada hari penamaan calon, menurutnya menunjukkan rakyat Melaka menerima baik kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Yang saya kata baru-baru ini di Melaka berdasarkan maklumat saya terima, maklum balas saya terima dan apa saya lihat sendiri semasa hari penamaan calon, rakyat Melaka secara keseluruhannya menerima baik gabungan BN-PN.

“Jadi, gelombang itu cukup kuat dan akan diterjemahkan pada 14 Nov ini,” katanya kepada media selepas hadir membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Dr Akmal Saleh.

Katanya, beliau berkata diserang dalam kempen PRN Johor sebagai ‘pendek, budak-budak, dan tak cerdik’.

“Kenyataan mereka apabila berkempen di Johor. Itu tak kata dia sombong pula,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad menyifatkan Onn Hafiz sebagai dangkal serta memperlihatkan sikap angkuh dalam berpolitik.

Katanya, Onn Hafiz sepatutnya memahami prinsip demokrasi memandangkan beliau sendiri memegang jawatan Menteri Besar Johor melalui proses pembentukan kerajaan berasaskan mandat pilihan raya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.