RTP DesportoTenista Francisco Cabral perde final de pares do Masters 1.000 de XangaiInquirerMotorcycle-riding men rob gas station in Ilocos NortePunchJigawa ADC chieftain warns of PDP threat ahead of 2027CNN TürkAmasra’da fırtına: Dalgaların boyu 6 metreye ulaştıInquirer Entertainment‘Iskul Bukol’ actor Anthony Roquel dies at 68Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Addinath M Kothare reveals 2 out of 5 ACs on Nayyi Navelli sets were reserved ONLY for him: “My sweat was dripping through the prosthetics; andar se mera body melt ho raha tha!”Daily MaverickFILLING A GAP: Disabled students face increased mental health risks, UWC student researcher finds한겨레‘일잘러 이재명’ 시즌2는 시스템으로 [아침햇발]UOLLula e Flávio ficam frente a frente pela 1ª vez em debate da Band
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

Ketua Pemuda Bersatu Melaka keluar parti, masuk Wawasan

Translate

Ketua Pemuda Bersatu Melaka Jefri Safry meninggalkan parti itu dan menyertai Wawasan.

Beliau yang juga ketua Bersatu Jasin berkata, keputusan itu dibuat kerana pendiriannya tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan parti, khususnya berhubung desas-desus kemungkinan kerjasama politik antara Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, perjuangan politik seharusnya berteraskan prinsip, keikhlasan dan kepentingan rakyat, bukannya semata-mata percaturan kuasa atau kepentingan politik tertentu, lapor Harian Metro.

“Penyertaan dalam Wawasan membuka ruang baharu untuk meneruskan perjuangan yang memberi penekanan kepada penyatuan ummah, perpaduan masyarakat dan pembelaan nasib rakyat.

“Parti boleh berubah, wadah perjuangan boleh bertukar, tetapi janji saya kepada rakyat tetap menjadi tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Saya tidak akan meninggalkan masyarakat yang selama ini bersama saya.

“Selagi Allah memberikan kesihatan, kekuatan dan rezeki, saya akan terus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas program Lenggang Warisan Melaka di Duyong.

Hadir sama Setiausaha Agung Wawasan Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, Jefry menegaskan perubahan wadah politik itu tidak akan menjejaskan komitmennya untuk terus mendekati masyarakat dan membantu golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang, bangsa atau fahaman politik.

“Saya mungkin meninggalkan Bersatu tetapi saya tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk rakyat. Jawatan dan parti bukanlah segala-galanya, apa yang lebih penting ialah keikhlasan, amanah dan tanggungjawab kita kepada masyarakat,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.