The Jerusalem PostFamily secrets and scandal collide in Noa Yedlin's 'House Arrest' - reviewZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGlobal NewsCanada, Philippines conclude negotiations for free-trade agreementSportstarSMAT 2026 Round 1 LIVE SCORE: Jharkhand begins title defence vs Mizoram; Bihar takes on SaurashtraRapplerThe week in photos: November 7-13, 2026ESPN DeportesPacers sobreviven al cierre de infarto ante Knicks en la NBA Cupسكاي نيوز عربيةشكوى تلاحق إنفانتينو.. هل استخدم أموال "فيفا" لمنزله؟Wirtualna PolskaZawiódł stary system? Władze o przyczynach paraliżu lotówDaily MailWhite House declares 'national emergency' over hours-long FAA ground stop: 'Nothing is certain right now'New Straits TimesWho is Alice Huang? The businesswoman linked to Jensen Huang and NvidiaNDTV SportsMilwaukee Bucks’ Tyler Herro Has A Message for Mouthy Orlando Magic Fan During Heated Exchange경향신문손가락 마디 굵어지고 아픈 관절염··· 전신마취 없이 손 움직여보며 수술 치료 가능해
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Ab Rauf, isteri selesai mengundi di Tanjung Bidara

Translate

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh bersama isterinya, Zuriyah Abd Aziz, selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka yang juga calon bagi kerusi DUN Tanjung Bidara itu tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira 8.15 pagi sebelum mengundi pada 8.35 pagi.

Selepas selesai mengundi, beliau meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi dan orang ramai yang berada di pusat pengundian berkenaan.

Ab Rauf ketika ditemui media berkata, beliau bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia serta menggunakan hak mengundi di kawasan berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkannya menjalankan tugas dengan teratur, sekali gus memudahkan urusan pengundi.

“Saya lihat tugas yang dijalankan oleh pegawai-pegawai SPR memang nampak teratur dan ketertibannya tidak menyusahkan pengundi yang datang kerana ini adalah satu usaha terbaik bagi memudahkan rakyat datang mengundi,” katanya kepada pemberi.

Dalam pada itu, Ab Rauf menggesa pengundi yang masih belum keluar menunaikan tanggungjawab supaya berbuat demikian pada sebelah pagi berikutan ramalan cuaca menunjukkan kemungkinan hujan pada sebelah petang.

“Kalau boleh sebelah pagi ini keluarlah mengundi secepat yang boleh kerana jangkaan ramalan cuaca sebelah petang dijangka hujan,” katanya.

Bagi PRN Melaka ke-16, DUN Tanjung Bidara mempunyai seramai 15,003 pengundi berdaftar dimana Pusat Mengundi SK Jeram mempunyai 1,866 pengundi, dengan tiga saluran dibuka.

PRN Melaka ke-16, DUN Tanjung Bidara menyaksikan saingan satu lawan satu antarabpenyandang kerusi itu, Ab Rauf, dan Calon Pakatan Harapan (PH) Yunazri Mustamiri.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.