Rai NewsMotoGP, Marquez vince la Sprint e vede il titolo. Gara cancellata per scarsa visibilitàESPNHow the Valkyries stole Game 4 on the road to even WNBA Finals at 2-2ESPN DeportesO'Shaquie Foster derrota al 'Vaquero' NavarreteInquirerHigaonon youth of Agusan del Sur turns coffee waste into cascara teaالنهارلبنان يطلب من العالم… ماذا بعد؟The Jerusalem PostAt least 12 injured in late-night shooting near Florida A&M University stadium in TallahasseeZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkSavaşta sona doğru mu? İkinci perdede Trump'tan kritik adım!South China Morning PostLaw enforcement alerted about firm offering LGBTQ surrogacy services in Hong KongSözcü10 milyon hesabı ilgilendiren karar: 1 Kasım'da neler değişecek? İşte bütün ayrıntılarVanguardWhat’s left for Tinubu: A legacy to sustain, a name to behold매일경제조국 “오세훈 무죄는 사법 정치의 반격···무기력한 민주당이 만든 위기”
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

Peguam pertikai dapatan polis kes kematian dalam tahanan di Cheras

Translate

Peguam mewakili keluarga Noorizwan Zulkefly yang meninggal dunia dalam tahanan polis mempertikaikan dapatan Bukit Aman bahawa Allahyarham tiada sebarang kecederaan dalaman.

Rania Aljunied, pengarah Lawyers for Liberty, dan Dina Zamri berkata dapatan itu bercanggah dengan hasil bedah siasat dijalankan pakar patologi dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM).

Mereka berkata, laporan bedah siasat mendapati Noorizwan mengalami “pendarahan menyeluruh dalam otak” yang boleh menyebabkan kematian, selain pendarahan pada usus.

“Terdapat gambar bedah siasat jelas menunjukkan kecederaan itu. Dengan adanya bukti ini, bagaimana Bukit Aman boleh mengeluarkan kenyataan mendakwa si mati hanya mengalami kecederaan luaran dan tiada kecederaan dalaman?” kata mereka dalam kenyataan.

Mereka turut mempertikaikan kenyataan Bukit Aman berhubung punca kematian masih “menunggu analisis makmal” sedangkan pakar patologi telah menentukan lelaki berusia 42 tahun itu meninggal dunia disebabkan trauma akibat hentakan objek tumpul di kepala.

“Dapatan mengenai trauma objek tumpul ini tidak boleh diubah oleh analisis makmal terhadap sampel darah dan sampel lain yang belum selesai.

“Kenapa Bukit Aman berlengah-lengah dan memberi gambaran kepada orang ramai bahawa punca kematian belum dapat dipastikan? Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima oleh pihak keluarga.”

Mereka turut mempersoalkan kenapa polis masih mengklasifikasikan kes itu kematian mengejut dan bukannya kes bunuh sedangkan pelbagai bukti telah muncul.

Rania dan Dina menggesa Peguam Negara, Dusuki Mokhtar campur tangan serta mengarahkan kes itu disiasat sebagai kes bunuh, selain meminta sebuah pasukan khas ditubuhkan di Bukit Aman bagi mengambil alih siasatan berkenaan.

Mereka turut menggesa anggota polis disyaki terbabit kematian Noorizwan digantung tugas dan ditahan sementara menunggu siasatan selesai.

Noorizwan ditahan pada 19 Sept lalu bagi membantu siasatan berhubung kesalahan memiliki dadah, kecurian dan pecah rumah, sebelum ditempatkan di IPD Cheras.

Dia kemudian dikejarkan ke HUKM pada 30 Sept lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.

Semalam, Bukit Aman memaklumkan Noorizwan mengalami beberapa kecederaan pada bahagian luaran, tetapi tiada pendarahan dalaman dan punca kematiannya masih menunggu keputusan analisis makmal.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kemudian mengarahkan ketua polis negara memastikan siasatan menyeluruh dan telus dijalankan ke atas kematian Noorizwan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.