ESPNProjecting the CFP top 12 after Week 2: How far does Ohio State fall?ESPN DeportesAmérica hace sufrir a Cruz Azul, pero pierde liderato e invictoPunchRybakina stuns Sabalenka to win US Open titleוואלהאינדונזיה: אבד הקשר עם ספינת נוסעים שעל סיפונה 243 בני אדםSözcüMehmetçik Yemen'e gidecek mi?South China Morning PostBeijing pushes AI-assisted chip design as part of self-sufficiency driveLa NaciónAmor y realeza: desde un romance en el mundo del tenis hasta el primer día de clases de una futura reinaRappler[Two Pronged] My partner is being pushed to earn money abroad due to a sick parent매일경제“가족 단위 관람객 발길 이어져”…‘힐스테이트 송파더그리드’ 견본주택 4일간 1만3000여명 내방SRF NewsVerzerrte Risikowahrnehmung – Warum wir manche Risiken suchen – und andere übersehenCumhuriyetİSKİ açıkladı: 13 Eylül İstanbul baraj doluluk oranı yüzde kaç?中国新闻网海南升级防汛防风应急响应至二级 已转移群众7000余人
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Kerajaan junjung titah Agong siasat TH, Felda, bukan mahu ugut pemimpin Umno

Translate

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan konsisten tidak mencampuri urusan mahkamah dan agensi penguat kuasa dalam memula atau menghentikan siasatan mana-mana kes, sambil menafikan ia digunakan untuk mengugut pemimpin Umno.

Katanya, sebaliknya kerajaan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menitahkan siasatan dibuat sehingga akar umbi, merujuk isu terkait Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda.

“Itu tidak benar (bahawa kes mahkamah digunakan untuk ugut pemimpin Umno).

“Perkara itu bukan dinyatakan perdana menteri atau parti, tetapi titah Seri Paduka Baginda… kerajaan mesti menjunjung titah Agong,” katanya menurut Berita Harian, di Kuala Lumpur.

Pada 8 Ogos, Sultan Ibrahim bertitah siasatan menyeluruh dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’ melibatkan TH dan Felda, selain menegaskan semua pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Semalam, jurucakap Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin, ketika berucap sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) mendakwa kerajaan salah guna institusi dan badan penguatkuasaan untuk mencalarkan imej parti itu.

Katanya merujuk tindakan ke atas bekas pengerusi TH, Abdul Azeez Rahim dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Jamil Khir Baharom.

Sementara itu, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan, berkata beliau yakin pentadbiran semasa mampu terus berkhidmat pada tahap terbaik sehingga penghujung penggal.

“Saya percaya kami boleh melakukan yang terbaik sehingga ke akhir penggal,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.