ESPN DeportesChivas ve como "cereza en el pastel" vencer al AméricaThe Jerusalem PostHealth minister’s intervention highlights Israel’s protekzia problem, healthcare gaps - editorialInquirerHouse defers DICT budget gab over online content concernsPunchS’Africa: Ninth woman found dead, Nigeria issues safety alertוואלהנשיא דרום קוריאה לי: לא נפרוס נכנסים צבאיים בהורמוז שיגררו אותנו לעימות עם איראן한겨레‘시세조종 3년’ 부당이득 62억원 챙긴 30대 전업투자자 구속 기소CNN TürkSON DAKİKA! Ünlülere uyuşturucu operasyonu! 15 gözaltıThe Straits TimesLianhe Zaobao takes Singapore culture to Shanghai and Beijing with inaugural festivalHet Laatste NieuwsComplottheorie drijft Brits duo tot vernieling van verkeerslichten: “Het zijn dodelijke wapens”OnetPolska na progu nagłego zwrotu w pogodzie. Na fali zimna się nie skończy [MAPY]SportstarIND vs AUS, Y-ODI Live Score: Rain delays start in Rajkot; India U-19 takes on Australia U-19 in three-match one-day seriesTagesschauMehr Pflanzen, weniger Fleisch: Schweiz stimmt über Ernährungsinitiative ab
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 18, 2026

Kredibiliti Umno jadi taruhan berkait pertikaian diraja N Sembilan, kata penganalisis

Translate

Kontroversi diraja Negeri Sembilan menjadi ujian sebenar terhadap kredibiliti Umno apabila penganalisis mempersoal bagaimana parti itu mengimbangi dakwaan mempertahankan institusi diraja susulan keputusan mengiktiraf penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting, berkata percanggahan paling ketara melibatkan Menteri Besar Ismail Lasim, yang sebelum ini mendakwa dipaksa menandatangani pengisytiharan itu, membawa kepada laporan polis.

Pada 9 Sept, Ismail menyifatkan pengisytiharan itu sebagai tidak sah, bercanggah Perlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan, serta menyokong penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz.

Namun, semalam beliau menyokong kenyataan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), dikeluarkan sehari sebelumnya, yang mengesahkan pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ismail turut mengesahkan semua exco menerima pengisytiharan itu sebulat suara pada mesyuaratnya pada 15 Sept dan telah mengarahkan setiausaha kerajaan negeri meneruskan proses pewartaan.

Zaharuddin berkata, perubahan pendirian itu menimbulkan persoalan mengenai konsistensi Umno.

“Anda tidak boleh mengatakan bahawa anda pelindung institusi diraja dan pada masa sama terlibat dalam perkara ini,” katanya kepada FMT.

Beliau mengingatkan Umno bahawa ia boleh merosakkan imej parti yang sering melaungkan memperjuangkan prinsip, sambil memetik penolakan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh terhadap Pakatan Harapan (PH), yang didakwa berulang kali menguji prinsip, maruah, dan sensitiviti Melayu-Islam.

“Jadi, sekarang bagaimana mereka mahu menjustifikasikannya? Adakah ini bermakna prinsip atau kompas anda boleh sentiasa berubah mengikut arah angin,” katanya.

Beliau berkata, Umno pernah berdepan soal kredibiliti sama sebelum ini, mengimbau pendirian ‘No Anwar, No DAP’ dan penentangannya terhadap Bersatu—pendirian yang kemudiannya disusuli penjajaran politik atau perbincangan yang bercanggah pengisytiharan tersebut.

Zaharuddin berkata, isunya bukanlah sama ada pendirian politik boleh berubah, tetapi sama ada Umno mampu menjelaskan secara meyakinkan sebab di sebalik peralihan kepada pendirian terbaharunya.

“Adakah ia disebabkan fakta baharu, nasihat undang-undang, perkembangan melibatkan Undang, atau pertimbangan politik,” soalnya.

Pengundi Melayu ambil peduli

Zaharuddin dan Mazlan Ali, daripada Universiti Teknologi Malaysia, berkata pertikaian diraja itu boleh mempengaruhi pengundi Melayu pada pilihan raya akan datang, malah melangkaui Negeri Sembilan.

Kesan berkenaan, menurut Zaharuddin, mungkin lebih ketara dalam kalangan pengundi Melayu daripada kelompok M40 atasan dan T20, memandangkan kecenderungan mereka meneliti ketidakselarian sedemikian.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan bersetuju, sambil berkata kontroversi itu berisiko mewujudkan persepsi Umno terlibat secara langsung dalam usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz.

Beliau berkata, pengundi cenderung menilai semula kontroversi politik menjelang pilihan raya. Isu ini boleh menjejaskan Umno di peringkat nasional kerana ia melibatkan institusi diraja, yang kekal penting bagi segmen tertentu pengundi Melayu, tambahnya.

Mazlan berkata, risiko politik yang lebih besar bagi Umno terletak pada pengundi atas pagar Melayu yang mementingkan penghormatan terhadap institusi diraja dan mungkin melihat kontroversi terbabit tidak selari pendirian tradisional parti itu.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibangkitkan semula pada PRU akan datang, mengambil kira saingan Umno berkemungkinan akan mengeksploitasinya berkait komitmen parti tersebut terhadap institusi diraja.

Pertikaian bermula pada April apabila Mubarak Dohak, yang mendakwa sebagai Undang Sungei Ujong, bersama tiga lagi individu yang turut mendakwa sebagai Undang, mengumumkan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.

Dua bulan kemudian, Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diisytiharkan sebagai Yang Dipertuan Besar ke-12, di sebuah hotel di Melaka.

Minggu lalu, empat individu yang mendakwa sebagai Undang mengemukakan pengisytiharan bertarikh 3 Ogos yang mempunyai tandatangan Ismail, yang menurut mereka merasmikan pemecatan Tuanku Muhriz.

Kontroversi itu kekal dipertikaikan dari sudut Perlembagaan apabila Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan Tuanku Muhriz kekal Yang Dipertuan Besar yang sah, serta menegaskan kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa menentukan kesahan pengisytiharan tersebut.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.