וואלההתדרדר לתעלה והתנגש בעץ: גבר בן 27 נפצע סמוך לכנרת - מצבו קשהESPNHow ChatGPT and Lane Kiffin could have gotten LSU kicked out of the SECESPN DeportesRed Sox despierta y da la voltereta con jonrón de tres carreras de StoryThe Jerusalem PostJerusalem Reform synagogue egged on Rosh Hashanah in second attack in a monthالنهاركيف صمد "الحرس الثوري" تحت أطنان من القنابل؟InquirerChild rights advocates raise concerns over online safety bill한겨레[속보] 이 대통령 “단일종목 레버리지 ETF, 정책 부족함 있었다”Inquirer EntertainmentMillie Bobby Brown now a mom of two as she welcomes second baby via adoptionUOLDatafolha: Lula e Flávio Bolsonaro vão intensificar campanha por voto útil para tentar vencer no 1º turnoEgypt IndependentEgyptair plans Sydney flights in major Asian expansionBBC News BrasilLula anuncia reajuste de 15% no Bolsa Família, às vésperas da eleiçãoKhaosod EnglishCarney embraces EU associate membership proposal as Trump pushes Canada closer to Europe
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 18, 2026

Yeoh nafi tandatangan isu pengampunan Najib

Translate

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani sebarang perintah tahanan rumah melibatkan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak, seperti yang tular di media sosial.

Beliau berkata Lembaga Pengampunan masih belum bersidang berhubung perkara berkenaan.

“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial. Lembaga Pengampunan masih belum bersidang. Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, setiausaha akhbarnya juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penyebaran dokumen terbabit.

Terdahulu tular satu surat ditandatangani oleh Hannah.

Kenyataan itu dibuat ketika isu pengampunan Najib kembali menjadi perhatian susulan laporan media bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula hari ini hanya seminggu selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.

Laporan itu turut mendakwa mesyuarat berkenaan hanya mempunyai satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.

Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.