Ibu Nik Nazmi meninggal dunia
Nik Rahimah Nik Mahmood, ibu kepada bekas menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad, meninggal dunia.
Perkara itu dikongsi pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, dalam hantaran Facebook.
“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga saudara Nik Nazmi sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan,” katanya.
Menurut Kosmo, Nik Rahimah berusia 86 tahun.
Pemergiaan Allahyarhamah menyusul hanya lebih sebulan selepas suaminya, Nik Ahmad Nik Hassan, meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Nik Ahmad merupakan penjawat awam yang pernah berkhidmat sebagai ketua setiausaha kementerian tenaga, telekomunikasi dan pos pada 1978, ketika kementerian itu baru ditubuhkan ketika era Hussein Onn sebagai perdana menteri.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.
