Bekas Ahli Parlimen Bersatu timbang pertahan Bukit Gantang guno logo PKR

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, sedang mempertimbangkan untuk mempertahankan kerusi Parlimennya atas tiket PKR pada PRU akan datang.
Syed Hussin, yang pernah menjadi ahli Umno dan Bersatu, berkata kemungkinan lain ialah bertanding pada PRU16 sebagai calon Bebas, lapor Utusan Malaysia.
“Saya melihat ada dua kemungkinan. Pertama, saya bertanding sebagai calon Bebas dan kedua, ada kemungkinan saya bersama dengan Anwar Ibrahim melalui PKR.
“Saya mahu melihat sejauh mana rakyat hari ini menilai seseorang wakil rakyat berdasarkan khidmat yang diberikan, bukan semata-mata kerana lambang parti,” katanya.
Katanya, beliau mahu melihat melihat sejauh mana rakyat hari ini menilai seseorang wakil rakyat berdasarkan khidmat yang diberikan, bukan semata-mata kerana lambang parti.
“Bagi saya, parti hanyalah platform perjuangan. Perjuangan sebenar kembali kepada individu. Kita tidak boleh menganggap seseorang itu tidak mampu berkhidmat hanya kerana dia tidak berada dalam parti tertentu.
“Saya faham bukan mudah untuk calon Bebas menang kerana pengundi masih melihat kekuatan parti,” katanya.
Syed Hussin merupakan antara Ahli Parlimen Bersatu yang memutuskan untuk menyokong pentadbiran Anwar pada penghujung 2023, menyebabkan beliau dipecat daripada parti itu.
Ahli Parlimen lain ialah Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Ahli Parlimen dua penggal itu pernah menjadi ahli Umno dan pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 2018 atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti 4,089 undi.
Beliau meninggalkan Umno selepas BN kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan pada tahun itu, sebelum menyertai Bersatu pada Jun 2020. Pada PRU 2022, beliau mempertahankan kerusinya atas tiket Perikatan Nasional dan menang dengan majoriti besar sebanyak 12,756 undi.
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.