The Jerusalem PostMost Israeli Jews fast on Yom Kippur, while over half take part in prayer services, survey findsPunchNorth Korea fires ballistic missile into East Sea — South KoreaDaily MaverickIN PICTURES: Memorial run in honour of Elizabeth ‘Tsontso’ Moselakgomo in Kempton Parkוואלהאם ושני ילדיה נהרגו ממתקפת כטב"מים רוסית על קייבInquirerFair Sunday weather in most parts of PH; ‘habagat’ to affect S. LuzonCNN TürkHava Durumu (20-09-2026)한겨레숭실대 기계공학부 항공 학술동아리 '천금비', 자작항공기 경진대회서 우수상·장려상 수상Inquirer EntertainmentSarah Labahti, McCoy de Leon lead cast of Darryl Yap’s first horror film ‘VHS’Straits Times SportSingapore’s Gan Ching Hwee wins historic 1,500m freestyle silver at Asian GamesSözcüŞişli'de kadın sürücülerin yol kavgası kamerada: "Kafanı kırarım" deyip camdan içeri saldırdıUOLPrevisão do tempo em Ivaiporã neste domingo (20)VanguardOsimhen to miss AFCON qualifiers due to groin injury
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Dinamika politik semasa memungkinkan pelbagai penjajaran, kata Fahmi

Translate

Dinamika politik semasa memungkinkan berlaku pelbagai penjajaran politik, termasuk mengambil kira keunikan landskap politik setiap negeri.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata perkembangan politik mutakhir tidak boleh dilihat dalam satu acuan memandangkan setiap negeri mempunyai keunikan serta dinamik politik masing-masing.

“Kerana kita tahu bahawa setiap negeri mempunyai keunikan politik masing-masing. Jadi tak mustahil dinamika itu juga menjelma bagi pihak Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita hari ini

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi 2025 di Surau Kampung Tebat Kering, Kuala Pilah.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita (Bernama) Mohd Shukri Ishak serta barisan pengurusan tertinggi agensi kementerian.

Mengulas kemungkinan kerjasama antara PH dan Bersatu, Fahmi berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan ke arah itu.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti itu tidak akan bergerak solo pada PRU16 sebaliknya dalam sebuah gabungan politik.

Dalam perkembangan lain, menteri komunikasi itu berkata keputusan pengampunan bersyarat bekas perdana menteri Najib Razak tertakluk di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kuasa mutlak serta hak Yang di-Pertuan Agong.

“Pada pihak kerajaan, PH sendiri telah mengeluarkan kenyataan minggu lepas. Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yang bertanggungjawab mewakili kerajaan dalam lembaga pengampunan juga telah memberikan kenyataan.

“Keputusan memberikan pengampunan bersyarat itu adalah keputusan Tuanku,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.