ESPNRelieved Maye rebounds in win vs. Bills that gets Patriots 'back in race'ESPN DeportesEN VIVO: Wild pitch regresa ventaja a Braves sobre DodgersThe Jerusalem PostIDF shoots suspect attempting to break into military post in southern Syria한겨레‘마약왕’ 박왕열 송환 뒤 공급망 차단 주력…제조·밀수 사범 검거 34% 증가InquirerArmy brokers ceasefire between warring clans in Cotabato CityZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC BusinessTrump unveils 'Super Intelligence Force' to oversee AI policyBBC MundoElecciones en Brasil: Flávio Bolsonaro y Lula da Silva van a una segunda vuelta en la que el presidente enfrenta una difícil remontadaSBS 뉴스이 대통령 "무책임 극단주의 '무극파' 경계…근거없이 혹세무민"매일경제“AI·반도체 웃을 때 우리는 눈물”…‘약발’ 안 듣는 코스닥 제약주New Straits TimesBolsonaro leads Lula as nail-biter Brazil vote goes to a run-offGIGAZINEAIロボット企業・Figureがアーノルド・シュワルツェネッガーの提案で旧型ロボットを溶鉱炉へ、「ターミネーター2」の名場面を完全再現
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Beri insentif bantu graduan ceburi penyelidikan, kerajaan diberitahu

Translate

Belanjawan Persekutuan 2027 harus menekankan akses saksama kepada pendidikan, pembangunan bakat berkemahiran tinggi dan usaha menterjemahkan penyelidikan kepada tindakan, kata pengerusi sebuah institut penyelidikan dan dasar.

Shahir Liew.

Shahir Liew, yang mengetuai majlis penasihat Asian Institute for Policy and Engagement, berkata akses kepada pendidikan kekal penting bagi pelajar yang ketinggalan dan dengan latar belakang keluarga berpendapatan rendah.

Oleh itu, katanya, belanjawan negara mesti terus memastikan rakyat Malaysia tidak dinafikan peluang pendidikan disebabkan kekangan kewangan.

Kerajaan juga harus melaksanakan inisiatif untuk menggalakkan graduan mengambil peranan khusus dalam penyelidikan, serta laluan pengajian pascasiswazah bagi membantu mencapai matlamatnya untuk mempunyai 200 penyelidik, saintis, jurutera dan teknologis (RSET) bagi setiap 10,000 tenaga kerja.

Memetik data Kementerian Pendidikan Tinggi, Shahir berkata setakat Disember 2025, jumlah pendaftaran pascasiswazah kira-kira 114,600 pelajar, mewakili kira-kira 9% daripada jumlah pendaftaran pendidikan tinggi.

“Salah satu sumber bakat RSET masa depan yang penting tetapi kurang dimanfaatkan ialah kumpulan besar jurutera, saintis, teknologis dan golongan profesional berpengalaman yang sudah bekerja dalam industri Malaysia,” katanya kepada FMT.

Menurut Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia, negara mempunyai kira-kira 55 penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja pada 2023.

“Laluan penyelidikan pascasiswazah yang fleksibel, separuh masa dan berasaskan industri boleh membantu mengubah kepakaran sedia ada kepada keupayaan penyelidikan dan inovasi,” kata Shahir.

Beliau menggesa kerajaan memperuntukkan dana untuk memperkukuh laluan antara universiti, industri, kerajaan dan masyarakat.

Shahir berkata data Mastic menunjukkan perniagaan menyalurkan sebahagian besar perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka kepada pembangunan eksperimen, manakala universiti kekal memberi tumpuan kepada penyelidikan asas dan gunaan.

Lebih banyak projek yang dibiayai bersama dan berkaitan dengan industri boleh membantu merapatkan jurang ini serta mempercepat pengkomersialan, katanya.

Shahir, yang juga naib provos penyelidikan dan pertukaran pengetahuan Universiti Nottingham Malaysia, berkata insentif cukai sedia ada yang menggalakkan pelaburan syarikat dalam pembangunan bakat boleh diperluaskan untuk merangkumi penyelidikan pascasiswazah yang ditaja oleh majikan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.