CNN TürkYeni "James Bond" belli olduPunchPlateau newlyweds die in fire, probe beginsInquirerCebu archbishop questions PH participation in Pax SilicaThe Jerusalem PostIDF investigating reported attempted attack near Jericho, military says한겨레뱀파이어, 배트맨 거쳐 이젠 첩보원…7대 제임스 본드에 패틴슨ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRapplerSpy scandal, US midterm defeat heat up Trump’s Asia visitNHK 社会【動画】Pickup NEWS(11月17日)매일경제화인베스틸, 3분기 누적 영업익 34억…조선업 호황 힘입어 ‘흑자 전환’Lenta.ruФБР изъяло оборудование для расследования причин масштабного сбоя в авиасообщении СШАSBS 뉴스고민수 방미통위 부위원장 "낡고 경직된 규제는 과감히 혁신해야"Malay MailUS air travel returns to near-normal after historic nationwide ground stop
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 17, 2026

Wawasan mahu Parlimen Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dipertimbang BN

Translate

Naib Presiden Wawasan Rahim Thamby Chik mencadangkan Parlimen Alor Gajah diserahkan kepada partinya, manakala Hang Tuah Jaya (HTJ) dipertimbangkan untuk Barisan Nasional (BN), pada PRU16.

Beliau berkata, pembahagian itu wajar berasaskan formula penyandang digunakan BN dan Perikatan Nasional (PN) ketika bekerjasama pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

“Bila sampai PRU16, formula yang sama wajar dipertahankan. Pihak penyandang diberi keutamaan dan yang bukan penyandang wajar lebih toleran,” katanya di X.

Rahim berkata, prinsip itu perlu diteruskan bagi memastikan parti yang sudah memegang sesuatu kerusi diberi keutamaan, manakala parti lain perlu bertolak ansur demi kepentingan kerjasama politik.

“Antara kawasan Parlimen Alor Gajah dan kawasan Parlimen HTJ, Alor Gajah pastinya lebih sesuai diagihkan kepada Wawasan manakala HTJ mungkin untuk pertimbangan BN,” katanya.

Rahim turut merujuk kedudukan kerusi Parlimen Masjid Tanah, selain Jasin dan Tangga Batu disandang PAS.

Katanya, cadangan itu dibuat dengan mengutamakan kepentingan ‘gelombang biru’.

Pada PRN Melaka 14 Nov lalu, BN bertanding di 23 daripada 28 kerusi DUN, manakala PN bertanding lima. BN menang 21 kerusi, PN tiga, sementara Pakatan Harapan (PH), empat.

Pada PRU15 pula, PN menang tiga daripada enam kerusi Parlimen Melaka iaitu Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin, manakala PH menguasai Alor Gajah, HTJ, dan Kota Melaka, meninggalkan BN tanpa sebarang kerusi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.