CNN TürkUygun Fiyata Dengeli ve Akıllı PerformansInquirerTyphoon Rosal exits PAR on Saturday morning (October 24)PunchADC slams APC over deepfake allegation, demands evidenceThe Jerusalem PostIsrael's opposition weighs minority coalition as Bennett, Liberman reject Arab supportBollywood HungamaSubhash Ghai reunites with Shreyas Talpade 20 years after Iqbal for Manya as filmmaker marks 50 years in cinema한겨레단 하루도 익숙해 지지 않은 이태원 참사 4년…“복수 아닌 정의 원해”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFStraits Times Sport‘Weeks, not days’ in Vincent Kompany recovery, say Bayern Munichسكاي نيوز عربيةأيهما أفضل لصحتك.. الفلفل الأحمر أم الأصفر؟Il Fatto Quotidiano“Sono grasso e cecato”, ma musicalmente eccezionale: “Je so’ pazzo” è il ritratto verace di Pino DanielekickerLIVE! Hertha beginnt mit Pedersen - Zwei Wechsel bei Magdeburg7sur7Le code de la route devient plus sévère en cas d’infraction à une interdiction de conduire
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Semua institusi pendidikan di Johor dibuka Isnin ini

Translate

Kerajaan Johor memutuskan semua institusi pendidikan akan kembali beroperasi pada Isnin ini setelah mengambil kira perkembangan situasi jerebu dan penilaian agensi berkaitan.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Naqib Md Ghazali berkata keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Johor.

Beliau berkata selain itu, perubahan arah angin yang bermula hari ini, peningkatan kelembapan dan jangkaan hujan dijangka membantu mengurangkan kesan jerebu selain mengambil kira trend penurunan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di seluruh negeri sejak lima hari lepas.

“Pembukaan semula ini juga mengambil kira keperluan pelaksanaan peperiksaan akhir tahun serta persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Penilaian risiko kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Johor turut menjadi pertimbangan utama bagi memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Naqib berkata Jabatan Pendidikan Johor akan menyelaras pelaksanaan prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan termasuk pemakaian pelitup muka serta pemantauan aktiviti persekolahan berdasarkan bacaan IPU semasa dan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata pada masa sama, kerajaan negeri dan agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan situasi jerebu secara berterusan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kita sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan warga sekolah terus menjadi keutamaan selain menjamin kesinambungan pendidikan anak Johor,” katanya.

Sebelum ini, penutupan semua sekolah di Johor selama 10 hari melibatkan lebih 1,000 sekolah dan kira-kira 600,000 pelajar susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara.

Lapan kawasan di Johor mencatatkan IPU tidak sihat dengan Larkin merekodkan bacaan tertinggi 170 setakat 12 tengah hari tadi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.