PunchWhy I participated in Lagos governorship debate – HamzatThe Jerusalem PostWith both countries' elections concluded, can Israel reset its US ties? - editorialInquirerVP’s defense begins amid calls for her to testify한겨레‘줄기세포 논문조작’ 황우석, UAE 국적 취득…한국 국적 상실Ghafla“I Was 20 And Single”- Bahati Recounts Adopting Son Morgan From Mathare 15 Years AgoCNN TürkHava Durumu (09-11-2026)ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioGIGAZINEテスラがサイバートラックの生産を段階的に縮小するとイーロン・マスクが明かすIl Fatto QuotidianoSempre più morti sul lavoro, ma i media tacciono: anche l’indignazione è selettivaSözcü9 Kasım 2026 günlük burç yorumları: Dolunay Karaca 12 burç için yorumladıCollider9 Movies That Were Notoriously Difficult To MakeThe Japan TimesPeer-support program for healthier aging gains ground in Sendai
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Remaja maut motosikal bertembung kereta polis

Translate

Seorang remaja maut selepas motosikalnya bertembung kereta rasmi polis di KM63 Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Setiu, Zahril Asri Zain, berkata kejadian pada 2.35 pagi itu dipercayai berlaku apabila Yamaha Y15ZR ditunggang Hazim Daniel Radzi, 15, dari arah Kuala Terengganu menghala Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal itu bertembung kereta rasmi polis jenis Honda City yang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kereta polis itu dinaiki pemandu lelaki berusia 35 tahun dan penumpang lelaki 32 tahun.

Jelasnya, mayat pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim di sini dibawa ke unit forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Beliau meminta saksi atau individu mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik IPD Setiu menerusi talian 09-6098222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.