The Jerusalem PostIDF confirms drone alert in northern Israel was false alarmPunchMessi wins second straight MLS Golden Boot, Nashville set record한겨레‘사업가 변신’ 그룹 노이즈 출신 홍종구…“그 시절 AI 있었다면 당연히 썼죠”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioWirtualna PolskaŚwiadczenie miało pomóc ciężko chorym. Umierają, zanim je dostanąSözcüAKP'yi alarma geçiren anket sonucu!CNN بالعربيةفيديو يوثق لحظات من حادث إطلاق نار مميت في بولنداLenta.ruБолее 20 человек пострадали в результате ночного землетрясения в Японии매일경제“밤 10시 이후엔 제발 자제해 달라”…아파트 공지문에 ‘갑론을박’Variety‘SNL’: Druski Dons Whiteface as Elizabeth Holmes in ‘You Can See Everything’ ParodyInquirerQuezon’s ‘Gamble’: PH sheltering Jewish refugees recalledBBC عربيالرئيس الإسرائيلي يكلف غادي آيزنكوت بتشكيل الحكومة
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Wanita Umno tepis dakwaan calon BN Rim guna dana kerajaan pengaruhi undi

Translate

Wanita Umno menepis dakwaan calon Barisan Nasional (BN) DUN Rim, Khaidirah Abu Zahar menggunakan dana kerajaan untuk mempengaruhi undi yang disifatkannya isu sengaja dicipta pembangkang.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Rosni Zahari, berkata bantuan yang disampaikan kepada penduduk di kawasan itu daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), bukannya seperti didakwa.

“Penduduk di situ kata bukan Dira datang bersalam-salam dengan kita dan nak beri apa-apa bantuan. Yang memberi bantuan itu sebenarnya pihak majlis bandaraya, bukannya Dira.

“Saya rasa itu bukan isunya. Itu isu yang cuba diwujudkan pihak pembangkang kerana mereka mahu mencari kesalahan,” katanya kepada FMT dalam kempen BN di Merlimau.

Pada 3 Nov lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya menyiasat dakwaan sogokan menerusi pengagihan bakul makanan sempena Deepavali di DUN Rim.

PH membuat laporan polis terhadap Khaidirah pada hari sama atas dakwaan berkempen menggunakan premis dan jentera kerajaan ketika menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada kira-kira 30 penerima sempena sambutan Deepavali.

Rosni mengingatkan pembangkang supaya berkempen secara baik dan tidak mencipta isu atau menyebarkan fitnah demi meraih kemenangan.

Ini kerana, jelasnya, pengundi Melaka semakin matang dan mampu menilai pihak yang benar-benar memperjuangkan kebajikan mereka sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan negeri.

Mengulas perkembangan kempen calon BN, tegasnya, beliau tidak bimbang dengan kedudukan Khaidirah berdasarkan prestasinya yang sangat baik sebelum ini dan yakin mampu mendapat kemenangan lebih besar berbanding pilihan raya lalu.

Rosni turut yakin dengan dua lagi calon Wanita Umno, Siti Aisyah Mahmood yang bertanding di kerusi Pangkalan Batu dan Tuminah Kadi (Pantai Kundor).

Katanya, Siti Aisyah yang menggantikan Kalsom Nordin tidak asing kepada pengundi kerana sudah lama melakukan kerja lapangan, selain merupakan naib ketua Wanita Umno Hang Tuah Jaya dan pembantu kepada Kalsom ketika menyandang kerusi itu.

Menurutnya, Tuminah yang juga penyandang kerusi Pantai Kundor mempunyai rekod perkhidmatan baik dan mendapat sokongan nelayan setempat.

Jelasnya, dakwaan pembangkang kononnya Tuminah mengabaikan kebajikan nelayan tidak benar berdasarkan maklum balas diterimanya ketika turun menemui golongan itu bersama calon.

Beliau berkata, isu lesen bot nelayan yang dibangkitkan penduduk bukan dalam bidang kuasa Tuminah, sebaliknya di bawah kerajaan persekutuan dan beliau sudah menghubungi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk membantu menyelesaikannya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.