InquirerFrom Donki to Nike: Analyst says VP had ‘unusual’ purchases in 2025ESPNTakeaways and analysis from Valkyries' sweepESPN DeportesTigres vence al líder Toluca con doblete de Juan BrunettaThe Jerusalem PostPatel says FBI has arrested another person tied to ShinyHunters hackersPunchA’Court rejects El-Rufai’s bail applicationZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türkİstanbul'da Ataşehir ve Eyüpsultan’da seçim günü!매일경제“명색이 집권당인데”…민주당 비공개 일정 요구에 추미애 ‘발끈’New Straits Times2027 Budget: Security measures must deliver stronger enforcement, says criminologistThe Sydney Morning HeraldV’landys throws weight behind Bears coach Meninga after CEO’s sudden exitSouth China Morning PostSouth Korea: 38 injured as ceiling collapses during Daegu sales eventThe Indian ExpressFor protesters and police at Jantar Mantar, lessons from Nana Patekar films
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

33 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi

Translate

Sebanyak 33 kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 190.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Johor yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Tangkak (186), Larkin (185), Pasir Gudang (184), Segamat (181), Kluang (177), Kota Tinggi (172), Pengerang (169).

Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Seremban (183), Nilai (179) dan Port Dickson (164), manakala di Melaka tiga kawasan yang terjejas, iaitu Bukit Rambai (175), Bandaraya Melaka (173) dan Alor Gajah (173).

Enam kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Shah Alam (167), Johan Setia (165), Petaling Jaya (161), Klang (157), Banting (154) dan Kuala Selangor (152), manakala di Perak ialah Tasek Ipoh (174), Pegoh Ipoh (170), Tanjung Malim (168) dan Seri Manjung (152).

Batu Muda dan Cheras di ibu negara pula masing-masing merekodkan bacaan 169 dan 175, manakala Putrajaya (167).

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Rompin (168), Temerloh (139) dan Indera Mahkota Kuantan (141) di Pahang, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai (123), selain dua kawasan di Sarawak, iaitu Kuching (153) dan Samarahan (109).

Sebanyak 35 kawasan di seluruh negara pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.