CNN TürkElazığ’da öldürülen çiftin cinayetinde yeni gelişmePunch2027: Ekiti SDP senatorial candidate pledges better representationInquirerStudent wounded in stabbing at a Laoag schoolThe Jerusalem PostSide by Side: Helping people with disabilities connect sociallyBollywood HungamaShabana Azmi backs CJP’s Mumbai protest; says, “We don’t have to tolerate anything wrong”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLApucarana e região têm 20 candidatos nas disputas para deputadoSky TG24Reggio Emilia, aggredì tre persone al distributore di benzina: muore suicida in carcereNU.nlIdentiteit van copiloot Flydubai bekend, viel piloot aan met bijlDaily MailBrooklyn Beckham and ab-flashing Nicola Peltz pack on the PDA during a night out in Paris after snubbing his mum Victoria's show as the designer gushes she feels 'so blessed' to have the rest of her family supporting herRai NewsFrancia, gli studenti non si fermano. A Marsiglia tentativo di ustione a una donna, arrestato 15enneFutura SciencesAnne-Sophie Pic cuisine pour Sophie Adenot dans l’espace : mais pourquoi le goût y change-t-il autant ?
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

Motosikal langgar pelari KLSCM, dua cedera

Translate

Dua peserta larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal, di ibu negara pagi tadi.

Polis memaklumkan bahawa seorang wanita berusia 50 tahun cedera di bahagian leher manakala seorang lelaki berusia 41 tahun cedera pada lutut dan tangan, dalam kejadian di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pada 6.15 pagi tadi.

Seorang penunggang motosikal dan pembonceng telah direman bagi membantu siasatan, masing-masing berusia 21 tahun dan 19 tahun.

Siasatan awal polis mendapati penunggang dan pembonceng terbabit telah melepasi laluan yang ditutup menggunakan kon.

“Penunggang telah diarahkan berhenti oleh anggota polis yang sedang menjalankan penugasan penutupan jalan, namun dipercayai bertindak melarikan diri secara melawan arus sebelum melanggar dua peserta marathon yang sedang berlari,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zamzuri Isa dalam kenyataan.

Wanita itu sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurut polis, penunggang motosikal direman selama tiga hari sehingga 5 Oktober, manakala pembonceng direman selama dua hari sehingga esok.

Saringan awal alkohol terhadap penunggang menunjukkan keputusan positif, dengan bacaan EBA (alat penguji nafas) sebanyak 164mg/100ml.

Penunggang dan pembonceng dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi pengambilan sampel darah dan air kencing untuk siasatan lanjut.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.