ESPN DeportesDiamondbacks da voltereta y Yankees empataDaily Maverick(UN)DIPLOMATIC RELATIONS: Ramaphosa found his voice abroad, but he lost it at homePunch2027: Obi’ll win Lagos by wider margin – NDCוואלהצבא ארה"ב: תקפנו כלי שיט החשוד בסחר בסמים בקריביים; ארבעה נהרגוESPNNFL changes rules governing videoboards after ex-coach's viral postInquirerPagasa: Bukidnon haze linked to local weather, temperature dropThe Jerusalem PostWhy did Adam Sandler's new film 'Don't Say Good Luck' bring me to tears? - opinionSözcüGünde 15 bin kişi devletten yardım bekliyorUOLCom Flávio fortalecido, centrão já discute apoiá-lo no segundo turnoSBS 뉴스김민석 "대통령, 개헌 걸림돌 정리…진지한 논의로 전환할 때"매일경제“똑같이 1시간 고장 나도 위험은 다르다”…항행시설 장애평가 확 바꾼다中国新闻网国乒名古屋亚运首秀告捷 孙颖莎王曼昱未出场
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Sarawak, P Pinang jadi tumpuan usaha tingkat kadar kelahiran

Translate

Kerajaan akan lebih memberikan tumpuan kepada Pulau Pinang dan Sarawak dalam usaha meningkatkan kadar kelahiran yang rendah di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.

Antara langkah yang diambil bagi membantu pasangan yang sukar menimang cahaya mata termasuk persenyawaan in-vitro (IVF), dengan kementerian lebih menekankan program berkaitan kesuburan tahun depan, lapor Borneo Post.

Nancy Shukri.

“Program kesuburan penting kerana populasi kita masih rendah dan kita mahu tingkatkannya. Justeru, program berkaitan kesuburan turut dicadangkan.

“Sarawak dan Pulau Pinang antara negeri yang perlu diberi tumpuan kerana kita mahu tambah kadar kelahiran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan acara kepimpinan wanita di Kuching, Sarawak.

Menurutnya, walaupun program kesuburan sedia ada telah dilaksanakan, pihak kementerian berhasrat memberi penekanan lebih tahun depan sebagai sebahagian usaha menggalakkan lebih ramai golongan muda mempunyai zuriat.

Cadangan bagi program berkaitan kesuburan itu turut dimasukkan dalam pembentangan belanjawan kementerian.

Nancy menambah, kajian mengenai kadar kesuburan juga telah dijalankan bagi menyokong usaha merangka langkah meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia.

fertilty rate

Kadar kesuburan negara (purata bilangan anak yang dilahirkan setiap wanita) terus merosot daripada 6.28% pada 1958 kepada 1.6% pada 2024. (Carta DOSM)
View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.