The Jerusalem PostRitz-Carlton Herzliya earns Green Key certification for 2027PunchCanada plans permanent residency for 100,000 workers, family membersInquirerThis BINI’s content may be ‘Pantropiko’ – but not ‘pantrapiko’한겨레“스튜어드십코드 고쳤지만…기관투자자 발목 잡는 ‘5% 룰' 그대로”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkAnkara’dan kritik hamle: Yunanistan’ın planı boşa çıktıInquirer EntertainmentAsean star treatment: Lea, ‘Lara’ and a life of purposeGIGAZINENVIDIA製半導体を中国に出荷した疑惑のあるMegaspeedのエンティティリスト追加を商務省が先送りし続けていることが判明SözcüÜnlü maden suyu markası raflardan kaldırılıyor: Küf tespit edildiSportstarभारत बनाम अफगानिस्तान, अंडर-19 एशिया कप लाइव स्कोर: ईशान सूद ने अबिदुल्लाह को आउट किया; अफगानिस्तान 39/1 (11)The Sydney Morning HeraldCapability X defies AI blues with stellar ASX debutThe South AfricanSpringboks vs France: Kick off time, teams and officials
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Belum ada petanda pelabur Taiwan berundur, kata Anwar

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan belum ada petanda pelabur Taiwan menarik diri atau menghentikan pelaburan baharu di Malaysia susulan kenyataannya mengenai Dasar Satu China.

Beliau berkata, semakan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) semalam mendapati operasi serta pelaburan syarikat Taiwan di negara ini masih berjalan seperti biasa.

“Semalam, dalam forum Miti, semua rundingan dan pelaburan baharu itu belum ada petanda mereka berundur atau ditegah untuk melabur di Malaysia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.

Perkembangan itu menyusul laporan media di Taiwan bahawa negara itu menangguhkan perbincangan pelaburan dengan Malaysia susulan kenyataan Anwar dalam wawancara bersama Al Jazeera pada Ogos lalu.

Anwar sebaliknya berkata, kerajaan terus mengalu-alukan pelaburan Taiwan dan memudahkan urusan pelaburnya, khususnya dalam industri semikonduktor, cip, kecerdasan buatan (AI) serta elektrik dan elektronik (E&E).

Beliau menjawab soalan Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berhubung laporan Taiwan menggantung rundingan pelaburan dengan Malaysia susulan kenyataannya yang menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China.

Anwar mengesahkan mesyuarat kerjasama ekonomi kedua-dua pihak ditangguhkan, namun menjelaskan ia membabitkan jawatankuasa kerjasama ekonomi dan bukannya rundingan diplomatik rasmi antara dua negara.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Luar dan Miti sudah meminta supaya mesyuarat berkenaan diteruskan bagi memastikan hubungan perdagangan serta pelaburan tidak terjejas.

Menurutnya, bagi tempoh Januari hingga September 2026, jumlah perdagangan Malaysia dengan Taiwan mencecah RM254.21 bilion, dengan eksport melonjak 88% kepada RM116.58 bilion, manakala import meningkat 24.2% kepada RM137.63 bilion.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pula mempersoalkan keperluan mengeluarkan kenyataan tegas mengenai Taiwan sedangkan hubungan perdagangan kedua-dua pihak berjalan baik sejak sekian lama.

Menjawab kebimbangan itu, Anwar mengakui nada kenyataannya lebih tegas dan mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak di Taiwan, namun menegaskan pendirian Malaysia mengenai Dasar Satu China tidak pernah berubah sejak 1974.

Beliau berkata, Malaysia perlu mempertahankan prinsip dasar luar sebagai negara merdeka dan berdaulat tanpa mengabaikan kepentingan ekonomi.

Anwar memberi contoh pendirian tegas Malaysia terhadap tindakan Israel di Palestin dan Gaza yang tidak disenangi beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, namun hubungan perdagangan dan pelaburan masih diteruskan.

“Setakat ini kita akan ambil apa saja langkah yang perlu untuk menentukan hubungan dagang dan pelaburan dengan Taiwan itu kekal baik,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.