The Jerusalem PostRitz-Carlton Herzliya earns Green Key certification for 2027PunchCanada plans permanent residency for 100,000 workers, family membersInquirerThis BINI’s content may be ‘Pantropiko’ – but not ‘pantrapiko’한겨레“스튜어드십코드 고쳤지만…기관투자자 발목 잡는 ‘5% 룰' 그대로”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkAnkara’dan kritik hamle: Yunanistan’ın planı boşa çıktıInquirer EntertainmentAsean star treatment: Lea, ‘Lara’ and a life of purposeGIGAZINENVIDIA製半導体を中国に出荷した疑惑のあるMegaspeedのエンティティリスト追加を商務省が先送りし続けていることが判明SözcüÜnlü maden suyu markası raflardan kaldırılıyor: Küf tespit edildiSportstarभारत बनाम अफगानिस्तान, अंडर-19 एशिया कप लाइव स्कोर: ईशान सूद ने अबिदुल्लाह को आउट किया; अफगानिस्तान 39/1 (11)The Sydney Morning HeraldCapability X defies AI blues with stellar ASX debutThe South AfricanSpringboks vs France: Kick off time, teams and officials
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Anwar sangkal dakwaan ‘rock the boat’ isu Taiwan

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis kritikan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang mempersoalkan mengapa beliau perlu ‘rock the boat’ dalam isu Taiwan.

Anwar menegaskan kenyataannya tidak menyimpang daripada Dasar Satu China yang diamalkan Malaysia sejak 1974.

Beliau turut menafikan dakwaan Hamzah bahawa kenyataannya dalam wawancara dengan Al Jazeera menyokong penggunaan kekuatan ketenteraan China terhadap Taiwan sehingga mencetuskan kemarahan Taipei.

“Apakah saya kata setuju pasal itu China menyerang Taiwan? Saya kata tak,” katanya menjawab soalan tambahan Hamzah (PN-Larut) di Dewan Rakyat.

Hamzah mempersoalkan keperluan Anwar mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Malaysia sejak sekian lama mengamalkan Dasar Satu China dan menikmati hubungan perdagangan yang baik dengan Taiwan.

Beliau mendakwa pasaran saham menyusut hampir 10% pada November dan membangkitkan risiko negara jiran seperti Vietnam dan Thailand menawarkan insentif untuk menarik pelaburan Taiwan,

Hamzah meminta kerajaan mempertimbangkan pendekatan diplomatik baharu bagi meredakan isu itu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata dalam wawancara berkenaan beliau menegaskan sokongan terhadap Dasar Satu China dan penyelesaian secara damai. “We believe there should be amicable resolution through peaceful efforts,” kata Anwar, mengulangi pendiriannya.

Menurutnya, apabila ditanya mengenai kemungkinan China menyerang Taiwan, beliau menjelaskan perkara itu sebagai urusan domestik yang Malaysia tidak campur tangan.

Menjawab dakwaan mengenai penyusutan pasaran saham, Anwar berkata sektor elektrik dan elektronik (E&E), kecerdasan buatan (AI) serta pusat data turut mengalami kejatuhan sementara di negara lain, termasuk akibat perkembangan membabitkan syarikat teknologi Nvidia.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.