CNN TürkHava Durumu (31-10-2026)The Jerusalem PostQatari mediators hold over 12 hours of talks aimed at renewing direct US-Iran negotiations - reportPunchMorning recap: Heatwave bites hard, Sowore Ekiti attack, FG’s transport allowance debate, other top storiesESPNSources: Kucherov requests trade; Lightning have 'no intention' of dealing him한겨레제주도의회 “안창호, ‘4·3 북한 배후설’ 발언 철회하고 사과하라”InquirerCatholic bishop lauds election of BARMM chief minister MacacuaUOLRota de fuga de Flávio abriga foragido do 8/1 e foi usada por bolsonaristas que deixaram paísZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRTL BoulevardTrumps harde immigratiebeleid geen succes onder kiezersХабрИнтеграция без хаоса: почему настроить обмены между системами недостаточно경향신문장동혁 “이 대통령, 이 정도면 ‘황제골프’ 넘어 ‘민폐골프’”SRF NewsInnovation in der Medizin – Winzige Drohnen fliegen dank Ultraschall durch den Körper
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 31, 2026

BN akan beri jawatan Adun lantikan kepada PAS, dakwa pengerusi DAP Melaka

Translate

Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa Barisan Nasional (BN) akan melantik wakil PAS sebagai Adun lantikan sekiranya kerjasama BN-Perikatan Nasional (PN) memenangi PRN Melaka pada 14 Nov ini.

Khoo, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, berpendapat PAS tidak akan berpuas hati dengan hanya diperuntukkan dua kerusi dalam PRN Melaka, meskipun parti Islam itu memenangi kedua-duanya.

Beliau mendakwa Ketua BN negeri Ab Rauf Yusoh menggunakan jawatan Adun lantikan untuk membuat tawar-menawar, termasuk dengan MCA selepas parti itu membantah pembahagian kerusi pada peringkat awal, lapor Sin Chew.

“Beliau hanya menggunakan tujuh jawatan Adun lantikan itu sebagai modal rundingan untuk BN. Apabila MCA membantah, beliau menggunakan jawatan ini untuk memujuk mereka,” katanya.

Khoo mendakwa Rauf sudah menjanjikan dua daripada tujuh jawatan Adun lantikan itu kepada MCA.

Pakatan Harapan (PH) menarik diri daripada kerajaan negeri Melaka pimpinan BN pada Julai susulan kelulusan pindaan perlembagaan bagi membolehkan pelantikan sehingga tujuh Adun yang tidak dipilih melalui pilihan raya.

PH berpendapat pindaan itu bercanggah dengan prinsip demokrasi, meskipun Sabah, Terengganu dan Pahang turut membenarkan pelantikan sedemikian.

Rauf sebelum ini mempertahankan langkah itu dengan berkata jawatan berkenaan akan diberikan kepada golongan pakar dan profesional.

BN bertanding di 23 kerusi dalam PRN Melaka menerusi kerjasama dengan PN, yang pula bertanding di baki lima kerusi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.