CNN TürkHava Durumu (31-10-2026)The Jerusalem PostQatari mediators hold over 12 hours of talks aimed at renewing direct US-Iran negotiations - reportPunchMorning recap: Heatwave bites hard, Sowore Ekiti attack, FG’s transport allowance debate, other top storiesESPNSources: Kucherov requests trade; Lightning have 'no intention' of dealing him한겨레제주도의회 “안창호, ‘4·3 북한 배후설’ 발언 철회하고 사과하라”InquirerCatholic bishop lauds election of BARMM chief minister MacacuaUOLRota de fuga de Flávio abriga foragido do 8/1 e foi usada por bolsonaristas que deixaram paísZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRTL BoulevardTrumps harde immigratiebeleid geen succes onder kiezersХабрИнтеграция без хаоса: почему настроить обмены между системами недостаточно경향신문장동혁 “이 대통령, 이 정도면 ‘황제골프’ 넘어 ‘민폐골프’”SRF NewsInnovation in der Medizin – Winzige Drohnen fliegen dank Ultraschall durch den Körper
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 31, 2026

Yunazri akui ‘underdog’ berdepan Rauf di Tanjung Bidara

Translate

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Tanjung Bidara Yunazri Mustamiri akui berdepan laluan sukar untuk menewaskan penyandang Ab Rauf Yusoh namun menganggap ia tidak mustahil untuknya mencipta kejutan pada PRN Melaka kali ini.

Yunazri, 36, berkata dia mungkin dilihat sebagai ‘underdog’ berdasarkan perkiraan di atas kertas, tetapi peluang untuk muncul sebagai ‘giant killer’ tetap terbuka sekiranya jentera parti bekerja keras sepanjang tempoh kempen.

“Atas kertas, kita nampak agak sukar, tetapi perkara ini bukan mustahil. Apa yang perlu kami lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen dan meraikan demokrasi,” katanya ketika ditemui media selepas proses penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Haji Ab Karim, Kompleks Japerun Tanjung Bidara.

Mengulas cabaran pertama kali bertanding dalam pilihan raya, Yunazri berkata beliau tidak gentar berdepan Rauf, sebaliknya yakin dengan sokongan jentera parti serta kepimpinan PKR.

Katanya, sokongan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan parti juga diyakini dapat membantu memperkukuh kempen PH di kawasan berkenaan.

Yunazri yang berasal dari DUN Kuala Linggi, kawasan bersebelahan Tanjung Bidara, berkata pemilihannya sebagai calon mungkin mengambil kira faktor usia muda serta potensi mendapatkan sokongan daripada pelbagai kelompok pengundi.

“Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan terdapat potensi sokongan terhadap calon muda, termasuk dalam kalangan pengundi yang sebelum ini menyokong parti lain.

“Saya melihat peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan itu tetap ada, meskipun berdepan penyandang yang sudah mempunyai rekod perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata antara tawaran yang akan diketengahkan kepada pengundi ialah pelaksanaan Kampung Digital serta pemberian 30% projek pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada anak tempatan.

Mengulas rekod perkhidmatan penyandang, Yunazri mengakui Tanjung Bidara dijaga dengan baik oleh Rauf, namun berpendapat pengundi wajar diberikan pilihan untuk menentukan wakil rakyat serta dasar yang dimahukan.

Sementara itu, Rauf berkata pengalaman dan kecekapan menguruskan masyarakat perlu menjadi antara pertimbangan utama pengundi dalam memilih calon pada PRN Melaka.

Pengerusi BN Melaka itu berkata golongan muda dialu-alukan menyertai pentas demokrasi, namun mereka perlu mempunyai pengalaman mencukupi untuk menguruskan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur.

“Tak salah orang muda bertanding, tetapi jangan salah pilih. Saya mengalu-alukan orang muda supaya dapat menimba pengalaman yang lebih baik. Bukan orang muda tidak boleh, tetapi mereka mesti mempunyai pengalaman yang baik,” katanya.

Terdahulu, Rauf diumumkan mempertahankan kerusi DUN Tanjung Bidara dengan berdepan Yunazri pada pilihan raya kali ini.

Pada PRN Melaka 2021, Rauf memenangi kerusi itu dengan majoriti 364 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin dan calon PH, Zainal Hassan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.