The Jerusalem PostUS offers reward of up to $20 million, possible relocation for information on Iran nuclear programCNN TürkFransa'da grev depremi: Macron'a destek tarihi dipteInquirer EntertainmentDolly Parton’s manager drops lawsuit against nephewBollywood HungamaDelhi High Court rules Doosra infringed Sourav Ganguly's personality rights, directs makers to deposit Rs. 2 croresPunchICYMI: How MTN users can access FG’s N50,000 grantZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFInteriaUSA kuszą nagrodami za informacje o Iranie. Do zdobycia 20 milionów dolarówSportstarन्यूजीलैंड बनाम भारत लाइव स्कोर, दूसरा वनडे: भारत 40/3, जीत के लिए 95 रन चाहिए; कोहली, गिल, रोहित पावरप्ले के अंदर आउट हो गए।CNN بالعربيةواقع جديد بعد 60 عاماً من الإنكار حول برنامج الأسلحة النووية الإسرائيليSözcüEn sağlıklı kuruyemiş açıklandı: Badem ve Antep fıstığından daha çok omega-3 içeriyorDaily MailDAILY MAIL COMMENT: How we can show dementia carers they are not alonePremium TimesSPECIAL REPORT: Inside Lagos communities where public drains have become sewage channels
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Lagi kes penumpang dari KL sorok kokain dalam kasut ditahan di Hong Kong

Translate

Seorang lelaki yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana dikesan cuba menyeludup kira-kira 1kg kokain yang disorokkan dalam kasutnya.

Kastam Hong Kong memaklumkan lelaki berusia 36 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan ke atas penumpang yang baru tiba Rabu lalu.

“Pegawai kastam menemui kira-kira 1kg bahan disyaki kokain dalam kasut dipakai lelaki berkenaan sebelum ditahan.

“Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai HKD600,000 (kira-kira RM311,000) dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan di laman webnya.

Tangkapan itu menyusul beberapa kes menggunakan modus operandi sama, dengan kes terakhir seorang lelaki warga China berusia 29 tahun ditahan di Hong Kong kerana cuba menyeludup 1kg kokain disembunyikan dalam kasutnya setibanya dari Kuala Lumpur pada 16 Sept lalu.

Dua kes sama pada 7 dan 15 Julai lalu turut membabitkan kira-kira 1kg kokain dirampas daripada penumpang tiba dari Kuala Lumpur, selepas dua lagi penumpang dari Kuala Lumpur ditahan pada 17 Mei lalu dengan 820g dan 800g kokain ditemui dalam kasut mereka.

Kastam Hong Kong mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima tawaran atau arahan pihak lain membawa barangan terkawal masuk atau keluar dari Hong Kong bagi mendapatkan ganjaran wang.

Ordinan Dadah Berbahaya Hong Kong memperuntukkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan denda HKD5 juta (kira-kira RM2.59 juta), jika sabit kesalahan mengedar dadah.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.