CNN TürkMısır Futbol Federasyonu Başkanı, Salah ile Trabzon'da buluştuInquirerAmihan to bring rains over parts of Extreme Northern Luzon on Nov. 3PunchObi and I remain friends despite political differences — SoludoThe Jerusalem PostEisenkot rules out joining Netanyahu government, even if Trump asks - report한겨레[포토] 효심 담긴 200년 전 조선 왕실 향연 재현The South AfricanKaizer Chiefs striker faces January exit after difficult start20 Minuten«Man fragt sich, was sie davon haben – das ist Wahnsinn»ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüPiyasalar Orta Doğu iyimserliği ve yapay zeka endişeleri arasında yön arıyorSouth China Morning PostSingapore eyes regional haze control centre in Indonesia as Asean chairVanguardAAUA bans signing-out ceremonies over security concernsThe Straits TimesFrom January 2027, data from ERP 2 on-board units can be used to prevent, detect and solve crimes
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

Tiada permohonan ekstradisi baharu terhadap Zakir Naik, kata Saifuddin

Translate

Kerajaan belum menerima sebarang permohonan ekstradisi baharu daripada India terhadap pendakwah kontroversi, Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Saifuddin berkata satu-satunya permohonan rasmi ekstradisi daripada India diterima pada 19 Jan 2018, sebelum Putrajaya memutuskan untuk tidak mengekstradisi Naik.

“Setakat ini, kerajaan belum menerima sebarang permohonan ekstradisi baharu,” katanya sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary.

Saifuddin berkata keputusan untuk tidak mengekstradisi Naik dibuat berdasarkan hak Malaysia di bawah perjanjian ekstradisi yang dimeterai dengan India pada 2010, selain peruntukan Akta Ekstradisi 1992.

India memohon ekstradisi Naik berhubung beberapa dakwaan, termasuk pengubahan wang haram dan menghasut kebencian melalui ucapan, yang kedua-duanya dinafikan beliau.

Pada 2019, perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia berhak menolak permohonan ekstradisi Naik, yang mempunyai status pemastautin tetap di negara ini, sekiranya beliau tidak akan mendapat keadilan.

Pada September lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata isu ekstradisi Naik dibincangkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di New Delhi, di luar Sidang Kemuncak BRICS.

Susulan pertemuan itu, PAS menggesa kerajaan menjelaskan sama ada ia membuat sebarang komitmen politik kepada India berhubung kemungkinan ekstradisi Naik.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu bimbang Naik mungkin menjadi ‘mangsa politik atau konsesi diplomatik’ sekiranya Malaysia cuba memperlihatkan hubungan persahabatan dengan India sehingga mengetepikan proses undang-undang sewajarnya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.