CNN TürkHava Durumu (29-06-2026)InquirerWATCH: Sara Duterte Impeachment trial | Sept. 29, 2026PunchLAUTECH resident doctors’ strike hits 32 daysESPN DeportesLuis Fernando Tena tras goleada ante El Salvador: "Fue una sorpresa total el marcador"Daily MaverickTHE INTERVIEW: Why a British documentary filmmaker turned his lens to SA’s protest legacyESPNSirianni rues reaction to flagged hit on Hurts in Eagles' MNF loss한겨레[속보] 쿠라시 김민영, 여자 87㎏ 초과급 금메달...아시안게임 사상 첫 금SözcüFon vurgununda yeni perde: Yavuzyılmaz çok konuşulacak ilişkiler ağını açıkladı!ABC News (Australia)Brisbane cyclist who lost eye wins $675k negligence pay outالنهارالخلاف داخل بطريركية السريان يظهر إلى العلن... دعوة سينودسية لعزل البطريرك يوسف يونانCumhuriyetATM işlemlerinde yeni dönem: Yargıtay kuralları netleştirdiAnadolu AjansıTrump, İran'a yönelik yaptırımları hafifletmeye istekli olduğu iddialarını yalanladı
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

MB Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz

Translate

Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap, Seremban, pagi ini untuk menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kenderaan membawa Ismail dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira 10.50 pagi.

Undang Luak Sungai Ujong Faris Johari dan Undang Luak Rembau Hassan Ab Hamid turut dilihat memasuki istana.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad juga berada di istana, lapor The Star.

Perkembangan itu berlaku dua hari selepas Presiden Umno Zahid Hamidi mengarahkan Ismail menghadap Tuanku Muhriz serta empat Undang bagi mencari penyelesaian secara baik terhadap krisis sedang melanda negeri itu.

Awal bulan ini, barisan exco Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan yang dikatakan mengesahkan satu proklamasi bagi menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar. Ismail kemudian menyokong kenyataan itu sehari selepasnya.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara berkata kenyataan berkenaan tidak sah kerana menteri besar dan exco tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan sedemikian.

Setiausaha kerajaan negeri juga enggan mewartakan proklamasi tersebut.

Tuanku Muhriz kemudian membatalkan pelantikan 10 ahli exco selepas mereka didapati melanggar sumpah jawatan dan ikrar taat setia kepada pemerintah negeri.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional(BN) mengakui pemecatan itu sebelum mengadakan pertemuan dengan semua 25 Adun BN dan Perikatan Nasional pada Ahad bagi membincangkan pilihan untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Selepas pertemuan itu, Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata kerajaan negeri perlu terus ‘berfungsi seperti biasa’, sambil menambah pentadbiran Ismail mempunyai ‘pelbagai kaedah’ untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.