PunchTRCN uncovers 250 fake certificates in teachers’ recruitmentThe Jerusalem PostEditor’s Notes: At the GA, American Jews worry about the future of the Democratic PartyDaily MaverickLETTER TO MAHLAMBA NDLOPFU: Can we please now have a break from all this breaking news?한겨레[Column] China’s moment in the western Pacific is nighZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüMarmara'da lodos engeli: Şehir Hatları, İDO ve BUDO'da seferleri iptal edildiMyJoyOnlineEcobank JoyBusiness SME Fair 2026 opens today at Ghud Park, Accra MallSRF NewsSteuer-Dilemma – Heiratsstrafe erneut abschaffen – führt das zum Steuerchaos?Daily MailHow did Walliams cling on to his showbiz chums? String of celebrities who appeared on podcast months before allegations emerged of his predatory behaviour go quietSportstarNew Zealand vs India, 4th ODI LIVE updates: NZ 292/6 (44); Santner key as NZ approaches 300NumeramaUne panne géante frappe Microsoft : Outlook et Microsoft 365 impactés, voici ce que l’on saitABC News (Australia)Emergency services called to fatal workplace incident in Adelaide
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 13, 2026

Rauf akui kempen PRN tak mudah tapi lebih lancar

Translate

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh mengakui kempen PRN selama dua minggu kali ini bukan mudah, namun lebih lancar berbanding pilihan raya terdahulu susulan persefahaman kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Calon BN DUN Tanjung Bidara berkata, beliau bagaimanapun tidak mengambil ringan sumbangan semua pihak yang membantunya mendapatkan kepercayaan rakyat sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian dan menentukan pilihan masing-masing menerusi kertas undi esok.

“Saya melihat kempen dua minggu ini tidak mudah, tetapi tidaklah sesukar dahulu. Namun, kita tidak mengambil ringan peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang bersama-sama membantu mendapatkan keyakinan rakyat.

“Saya yakin rakyat telah bersedia untuk membuat penilaian menerusi kertas undi yang akan diterjemahkan esok. Saya serahkan kepada rakyat, pilih yang terbaik. Pen merah, pen biru, pilih biru, I love you,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd di Ayer Keroh.

Rauf turut mengingatkan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing lebih awal esok berikutan jangkaan hujan pada sebelah petang.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan dasar menarik pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan jika BN diberi mandat untuk terus mentadbir Melaka.

Katanya, kemasukan pelaburan perlu dipertingkat bagi memastikan pembangunan ekonomi negeri turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.

“Kalau diberikan mandat oleh rakyat, kita akan meneruskan segala dasar ini untuk memastikan pertama, datangnya pelaburan dan kedua, adanya peluang pekerjaan kepada rakyat Melaka,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.