CNN TürkBalıkesir'de tekne kazasında hayatını kaybeden doktor için tören düzenlendiESPN DeportesLos Sixers intentan la remontada frente a los PistonsESPNFollow live: Jaxon Smith-Njigba hauls in TD as Seahawks build leadThe Jerusalem PostBrazil's Lula reelected to a historic fourth term in runoff votePunchNigeria’s debts and future development한겨레박찬대 인천시장 “임기 중 경제성장률 5% 달성 목표”UOLLíderes estrangeiros parabenizam Lula por reeleiçãoZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF경향신문귀에 거는 삼성 첫 클립형 무선 이어폰 ‘버즈 온’ 출시매일경제30주년 앞두고 스테이크 힘준다…빕스, 청량리 롯데몰에 ‘그릴 다이닝’New Straits TimesMalaysia faces RM176bil power investment bill to fuel data centre boomDaily MailShocking moment demonstrators waving Palestinian flags forced their way into Rome's Colosseum - as protests spread across Europe
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 26, 2026

Betul ke PRN Melaka ada kaitan dengan PRU16?

Translate

Mohsin Abdullah

Pada 22 Okt lalu, Pengerusi BN Zahid Hamidi beritahu media gabungan yang dipimpinnya akan mengumumkan calon PRN Melaka bersama dengan PAS dan rakan strategiknya pada Sabtu 24 Okt.

Yakni umum sama-sama atas pentas yang sama hari yang sama. Ini kata Zahid berdasarkan pembahagian kerusi yang dipersetujui BN dan PAS.

Keesokan harinya iaitu 23 Okt tampil Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan partinya akan umum calon PRN Melaka mereka atas pentas yang sama dengan BN dan pada Sabtu yang dikatan Zahid.

Kata Tuan Ibrhim PAS akan umum pada minggu minggu akhir -sama ada 28 atau 29 Okt. Kata Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh ini hanyalah isu teknikal berkaitan status Perikatan Nasional (PN) di mahkamah. Bagi saya ini hanya bikin gempak. So don’t read too much into it.

Maka pada Sabtu lalu BN mengumumkanlah calon PRN Melaka mereka bersendrian bukan bersama PAS. Dan Zahid mengumumkan BN akan letak calon pada 21 kerusi DUN Melaka. Baki tujuh diperuntuk kepada PAS dan rakan strategiknya.

Namun semasa Zahid membuat pengumuman, Presiden MCA Wee Ka Siong dan pasukannya keluar dewan (tempat pengumuman dibuat) tanda protes. MCA tak puas hati cuma diberi dua kerusi untuk ditandingi. Wee dakwa pengagihan kerusi dibuat tanpa perbicangan menyeluruh dengan partinya.

Bagi saya ini sekadar drama. Keluar dewan bukan bererti MCA keluar BN. Bukan boikot PRN Melaka. Kata seorang ahli kumpulan sembang WhatsApp yang saya turut menganggotai: “Wayang only – later they will wink and hug each other”.

Apa pun MCA memang ada sebab dan alasan untuk rasa tidak puas hati seperti dihuraikan Ketua Penyelidik Ilham Centre Yusri Ibrahim menerusi hantaran di Facebook. Ini kita cerita sebentar lagi.

Kata Zahid kerjasama BN dengan PAS di Melaka mampu membawa mereka selangkah lebih dekat ke Putrajaya jika membuahkan hasil yang baik. Lalu beliau menyeru PAS dan BN mengetepikan permusuhan lama untuk saling membantu.

“Insya-Allah jika keserasian ini dapat kita jalankan terowong ke Putrajaya akan lebih cerah,” katanya pada majlis pengumuman calon PRN Melaka malam Sabtu lalu.
Jelas Zahid mahu apa yang dipanggil ‘gelombang biru’ diteruskan ke Melaka setelah melanda Johor dan Negeri Sembilan.

Apa yang dipanggil ‘gelombang hijau’ yang tercetus pada PRU15 pada 2022 dan diikuti beberapa pilihan raya negeri tahun berikutnya sudah dinamakan ‘gelombang biru”.

Ini berikutan kemenangan BN di PRN Johor dan Negeri Sembilan tahun ini . Tetapi perlu diingat ia diperolehi dengan kerjasama PAS.

Di PRN Johor PAS bertanding 11 kerusi. Di Negeri Sembilan lima. Presiden PAS Hadi Awang mengarahkan penyokong partinya mengundi calon BN dl kawasanPAS tidak bertanding .

Saya ulang apa yang saya pernah katakan pada beberapa penulisan sebelum ini bahawa kerjasaam BN (baca Umno) dengan PAS berjaya kerana PAS yang banyak beralah.

They were willing to have peanuts as long as the electoral pact would bring success. And indeed it brought success. PAS is no angel. Mereka lakukan ini semua kerana political survival berdasarkan political reality yakni PAS tidak boleh menang di Johor dan Negeri Sembilan on its own.

Sekarang PAS dikehendaki menerima hanya tujuh kerusi di Melaka untuk diagihkan antara mereka, Wawasan, Gerakan, MIPP dan Pejuang. Secara rambang PAS got the short end of the bargain. Again.

Tetapi mereka akan terima tawaran itu.Sekali lagi PAS yang ‘mengalah’. Berkorban demi kemenangan BN-PAS. Tentunya kerana ada big picture . Persoalan yang selalu saya bangitkan – sampai bila ia akan beralah ?

Adakah PAS akan puas hati dengan hanya makan kacang apabila PRU16 diadakan? Bagaimana pula di Kelantan dan Terenggnau dua kubu kuat mereka. Begitu juga di Kedah dan Perlis.

Adakah PAS akan beri dengan senyum manis banyak kerusi kepada Umno? Apa lagi realiti di kedua negeri itu-Umno tak akan menang bersendirian.

Berbalik kepada protes MCA yang disebut tadi. Menurut Yusri, diberi hanya dua kerusi MCA mungkin rasa ini akan membantutkan momentum sokongan terhadap mereka.

Ini berpandu prestasi baik di Negeri Sembilan dan Johor. Tetapi bagi saya MCA lupa prestasi baik itu terjalin kerana PAS meminta penyokongnya – orang Melayu islam–mengundi calon MCA berdasarkan eletroral pact PAS – BN.

Kata Yusri jumlah calon etnik Cina mewakili BN tidak selari dengan komposisi etnik pengundi Melaka. Dibenarkan bertanding hanya dua kerusi iaitu hanya 7% daripada keseluruhan 28 kerusi. Atau hanya 9% daripada 21 kerusi yang ditandingi BN. Maka dianggap kecil dan tidak munasabah oleh MCA.

Apa lagi lawan utama mereka iaitu DAP diberi sehingga tujuh kerusi oleh Pakatan Harapan (PH) untuk ditandingi. Bahkan PKR juga menamakan calon etnik Cina mereka.

Dan kata Yusri MCA mungkin merasakan peluang untuk menang di kawasan yang disandang DAP lebih besar jika mereka mereka yang bertanding berbanding calon PAS (diwakili calon Dewan Himpunan Pendukung PAS) atau Gerakan.

Yang paling menarik bagi saya ialah apabila Yusri berkata MCA mungkin bertanya Umno yang bersemangat dengan agenda penyatuan ummah dengan PAS tetapi mengapa tidak beri kerusi mereka (Umno) kepada PAS? Sebaliknya beri kerusi tradisi MCA kepada PAS.

Bagi saya hanya satu kesimpulan- let the fight begin.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.