ESPN DeportesChivas ve como "cereza en el pastel" vencer al AméricaThe Jerusalem PostHealth minister’s intervention highlights Israel’s protekzia problem, healthcare gaps - editorialInquirerHouse defers DICT budget gab over online content concernsPunchS’Africa: Ninth woman found dead, Nigeria issues safety alertוואלהנשיא דרום קוריאה לי: לא נפרוס נכנסים צבאיים בהורמוז שיגררו אותנו לעימות עם איראן한겨레‘시세조종 3년’ 부당이득 62억원 챙긴 30대 전업투자자 구속 기소CNN TürkSON DAKİKA! Ünlülere uyuşturucu operasyonu! 15 gözaltıThe Straits TimesLianhe Zaobao takes Singapore culture to Shanghai and Beijing with inaugural festivalHet Laatste NieuwsComplottheorie drijft Brits duo tot vernieling van verkeerslichten: “Het zijn dodelijke wapens”OnetPolska na progu nagłego zwrotu w pogodzie. Na fali zimna się nie skończy [MAPY]SportstarIND vs AUS, Y-ODI Live Score: Rain delays start in Rajkot; India U-19 takes on Australia U-19 in three-match one-day seriesTagesschauMehr Pflanzen, weniger Fleisch: Schweiz stimmt über Ernährungsinitiative ab
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 18, 2026

Ismail patut letak jawatan, kata peguam susulan isu proklamasi N Sembilan

Translate

Seorang peguam menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim meletakkan jawatan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata kenyataan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang menyokong penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah negeri tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang.

Rosli Dahlan merujuk pengumuman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalam bahawa pentadbiran negeri tidak akan mengambil tindakan terhadap permintaan Ismail supaya proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar diwartakan.

Peguam itu berkata ia menunjukkan Ismail ‘tidak mempunyai pengetahuan atau pemahaman serta tidak mempunyai kawalan terhadap pentadbiran negeri”‘ dan telah bertindak bertentangan dengan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Oleh itu, beliau perlu meletakkan jawatan,” kata Rosli kepada FMT.

rosli dahlan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata pihaknya memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap permintaan Ismail selepas menerima pandangan AGC berhubung pengumuman anggota MMKN mengenai proklamasi bertarikh 19 April itu.

Pejabat itu turut berkata perkara berkenaan telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri bagi memastikan semua tindakan mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sembilan.

AGC semalam berkata anggota MMKN tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti atau kuasa di bawah Perlembagaan Negeri Sembilan untuk membuat pengumuman sedemikian, dan Menteri Besar serta MMKN tidak mempunyai kuasa untuk secara unilateral mengisytiharkan jawatan pemerintah negeri itu kosong.

AGC turut berkata proklamasi 19 April oleh empat undang yang didakwa menyingkirkan Tuanku Muhriz adalah tidak sah kerana tidak mematuhi keperluan mandatori Perkara 10 Perlembagaan Negeri.

Katanya, walaupun undang mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Yang Dipertuan Besar, tiada bukti menunjukkan prosedur yang ditetapkan dalam Perkara 10 telah dipatuhi.

AGC turut berkata kewibawaan sesetengah penandatangan proklamasi itu masih dipertikaikan kerana mereka telah disingkirkan sebagai undang mengikut undang-undang adat luak masing-masing.

Ahli MMKN berkata dalam kenyataan pada Rabu bahawa penyingkiran Tuanku Muhriz pada April adalah sah dan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar ialah pemerintah Negeri Sembilan yang baharu.

Ismail menyokong kenyataan itu pada hari berikutnya dan berkata keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara ketika MMKN bersidang pada Selasa.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.