PunchKarimi vows appeal after court voids Kogi West nominationCNN Türkİstanbul'da sağanakta yol çöktüThe Jerusalem PostZelensky hopes US election outcome will generate more help for UkraineInquirerFour dead, 1 missing as firecracker factory caught fire in PangasinanZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioGlobo EsporteVasco quebra tabu de 19 anos, vence o Athletico e se afasta do Z-4La NaciónFelipe Contepomi acusó a dos clubes franceses e instó a World Rugby a jerarquizar la competencia internacionalGlobal NewsWinnipeg Jets’ Brad Lambert clears waivers & loaned to Manitoba Moose매일경제타타모터스·이베코, 상용차 사업 결합…목표는 ‘매출 210억유로’ 규모The Indian ExpressTrump says US will cut military aid to Israel: Why now, and what can actually happen?South China Morning PostHong Kong helps mainland Chinese firms go global – but can they really win now?CNN BrasilArthur Aguiar e Thiago Nigro aparecem juntos após suposta reconciliação
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 5, 2026

Exco PN ‘pelaburan politik’ BN menuju PRU16, kata penganalisis

Translate

Kesediaan Barisan Nasional (BN) menawarkan jawatan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pentadbiran Melaka jika menang PRN dilihat sebagai ‘pelaburan politik’ jangka panjang bagi membina kerjasama lebih kukuh menjelang PRU16, kata penganalisis.

Tawfik Yaakub berkata, penyertaan PN dalam kerajaan negeri bukan suatu keperluan dari segi angka sekiranya BN memperoleh majoriti selesa, khususnya melebihi dua pertiga.

Sebaliknya beliau berkata, tawaran itu menunjukkan BN mahu membina hubungan dengan PN melangkaui kerjasama ketika pilihan raya, termasuk memastikan pemindahan undi antara penyokong kedua-dua gabungan.

“Kerjasama ini menjadi pelaburan politik untuk memperkukuh hubungan BN-PN, memastikan pemindahan undi antara penyokong kedua-dua gabungan serta membuka ruang kerjasama lebih luas menjelang PRU16.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

“Ia juga isyarat persefahaman BN-PN bukan sekadar kerjasama pilihan raya tetapi berpotensi berkembang menjadi perkongsian kuasa dalam pentadbiran,” kata ahli akademik daripada Universiti Malaya kepada FMT.

Pada PRN Melaka, BN bertanding 23 daripada keseluruhan 28 kerusi, manakala PN meletakkan calon di baki lima DUN.

Pengerusi BN Zahid Hamidi pada 1 Nov berkata wakil PN yang menang akan dijemput menyertai kerajaan negeri jika BN berjaya membentuk pentadbiran.

Tawfik berkata, jika BN memperoleh majoriti besar, penyertaan PN boleh melibatkan jawatan seperti exco, speaker atau timbalan speaker, selain kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, beliau berkata perkongsian kuasa itu boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan akar umbi Umno jika BN sebenarnya mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

Menurutnya, keadaan itu juga boleh mencetuskan persaingan pengaruh, termasuk dalam pembahagian portfolio dan pengurusan sumber politik negeri.

“Cabaran utama Zahid ialah memastikan persefahaman di peringkat kepimpinan turut diterima oleh akar umbi,” katanya.

Umno perlu sokongan PN

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia pula berkata, walaupun BN mempunyai kekuatan untuk menguasai Melaka dan membentuk Kerajaan tunggal, kerjasama dengan PN penting dalam percaturan lebih besar menghadapi PRU16.

Katanya, BN mahu memanfaatkan pengaruh PN khususnya PAS bagi membantu mobilisasi pengundi Melayu dan memberi kelebihan kepada Umno ketika parti itu berdepan beberapa isu seperti kontroversi.

Menurutnya, ia termasuk berkait Lembaga Tabung Haji dan derma untuk membayar denda bekas perdana menteri Najib Razak yang menjadi syarat pengampunan bersyaratnya.

“Ia telah menggugat keyakinan orang Melayu…dan Umno perlu sokongan PN untuk mengekalkan undi mereka,” katanya.

Mazlan berkata, keinginan Umno mengekalkan naratif ‘perpaduan ummah’, yang menurutnya sukar dijayakan tanpa PAS juga mendorong kerjasama itu terjalin.

“Di Melaka, Zahid buka ruang kepada PN bagi menjaga hubungan ke masa depan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.