PunchRansom economy: How kidnappers turn northern families’ pain into profitESPN DeportesCambindo, con doblete y el León se enfila al triunfoוואלהגבר כבן 70 נפצע קשה באשקלוןESPNDodgers seal 14th consecutive playoff berth, 'one of the goals'The Jerusalem PostMahmoud Khalil sues Columbia University for alleged failure to protect pro-Palestinian studentsInquirer6th most wanted in Oriental Mindoro arrested한겨레“철탑 2214개 줄이고 송전망 마을엔 연 300만원”… ‘송전망 갈등’ 해법 될까SözcüÜnlü iş adamının 20 milyon dolarlık jeti Libya’da yandıRapplerLIVE UPDATES: First BARMM parliamentary electionsStraits Times SportGold or bust: Team Korea chase more Asian Games glory in football, baseballBillboardDolly Parton Remembered by Reba McEntire & Sally Field on 2026 Emmys: ‘I Never Stopped Loving Her’Globo EsporteVila Nova sai na frente, e Avaí busca o empate em Florianópolis
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Kurang percaya terhadap PAS dorong Umno gesa PRN Terengganu, kata penganalisis

Translate

Cadangan Umno supaya PAS mengadakan PRN Terengganu bagi membuktikan keikhlasannya dalam usaha menyatukan orang Melayu mungkin berpunca daripada kurangnya kepercayaan terhadap parti itu, kata seorang penganalisis.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata isu kepercayaan itu berkemungkinan timbul susulan kenyataan beberapa pemimpin PAS pada muktamar parti baru-baru ini mengenai jawatan perdana menteri dan kerusi yang mahu ditandingi.

Katanya, PAS menyatakan hasrat mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya sebelum ini berdasarkan formula penyandang, selain mahu menerajui kerajaan persekutuan dan mendedahkan bahawa parti itu sudah mempunyai calon perdana menteri.

Mazlan berkata kenyataan itu mungkin menimbulkan rasa kurang senang dalam Umno.

mazlan ali

Mazlan Ali.

“Saya fikir kenyataan Tok Mat menunjukkan Umno tidak mempercayai PAS sepenuhnya,” katanya kepada FMT merujuk Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Mohamad pada Sabtu lalu mencadangkan perkara itu sambil berkata sekiranya kedua-dua parti dapat mencapai persetujuan mengenai formula rundingan kerusi di Terengganu, pendekatan sama boleh digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad menolak cadangan berkenaan.

Mazlan berpandangan Umno meminta ‘terlalu banyak’ daripada PAS apabila mencadangkan pilihan raya diadakan bagi membuktikan keikhlasan parti itu.

“Setakat ini kedua-dua parti belum memeterai kerjasama secara rasmi dan hanya menganggap hubungan yang ada sebagai satu ‘persefahaman’,” katanya.

Lau Zhe Wei

Lau Zhe Wei.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata Umno menyedari parti itu tidak akan memperoleh kerusi sekiranya formula penyandang digunakan dalam kerjasama PAS-Umno pada mana-mana pilihan raya, khususnya di Terengganu.

Di negeri itu, PAS dan rakannya dalam Perikatan Nasional (PN), Bersatu, menguasai kesemua 32 kerusi DUN serta lapan kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, Lau memberi amaran cadangan Mohamad boleh memakan diri kerana persoalan mungkin timbul mengenai komitmen Umno terhadap agenda penyatuan Melayu di Melaka.

Barisan Nasional sebelum ini sudah menyatakan hasrat untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021, manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi DUN.

“Jika prinsip sama digunakan di Melaka, bukankah Umno juga sepatutnya memberi laluan kepada PAS di beberapa kerusi?” katanya.

Menurut Lau, Umno tidak boleh mengharapkan kedua-dua keadaan memihak kepadanya.

Katanya, kesediaan melepaskan kerusi merupakan antara perkara penting yang akan menentukan bagaimana Umno dan PAS berunding menjelang PRN Melaka.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.