InquirerUndas tradition: ‘Biko’ endures in BukidnonPunch2027: Kano gov, lawmaker target one million non-indigene votes for TinubuDaily MaverickLOCAL ELECTIONS 2026: Ten critical questions as South Africa heads into high-stakes pollCNN TürkREYTİNG SONUÇLARI 31 EKİM 2026 | Dün Akşamın Reyting Birincisi Kim Oldu? Güller ve Günahlar, Gönül Dağı, Başkalarının Hayatı, Kim Milyoner Olmak İster?, Güldür Güldür Show, Ömür Usta, MasterChef Türkiye Reyting SonucuBollywood HungamaHimesh Reshammiya makes a BIG revelation: “I have written, sung and composed 15 songs in English; they don’t sound WANNABE at all”; adds, “There’s one song which is ABSOLUTELY right for Rihanna”Inquirer EntertainmentSolenn, Erwan Heussaff mourn death of dad LouisThe Jerusalem PostOver 130 arrested over Palestine Action terror designation protest outside US Embassy in LondonABC NewsIran live updates: Trump says US not in 'a hurry' to agree dealSky TG24Terapia creativa, Ricardo Darín in duello psicologico tra ironia e ossessioni. Recensione한겨레‘AI 버블’ 논란의 핵심은 데이터센터…미국 내 유예·금지 조처 415곳ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioKhaosod EnglishUbon Ratchathani buyer pays 10 million baht for star fighting cock “F16”
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Najib belum jelaskan denda RM50 juta, kata peguam negara

Translate

Bekas Perdana Menteri Najib Razak masih belum menjelaskan denda RM50 juta berdasarkan maklumat terkini yang diterima Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata tiada tempoh khusus ditetapkan bagi pembayaran denda berkenaan.

“Setakat ini maklumat yang kami terima belum lagilah dipenuhi oleh Datuk Seri Najib. Setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sekolah Angkat Madani Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Najib masih perlu menjalani hukuman penjara selagi denda itu belum dibayar, Mohd Dusuki mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 18 Sept lepas, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dan hukuman itu kemudiannya dikekalkan Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 dan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.

Bagaimanapun menerusi mesyuarat ke-61 pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan memutuskan bahawa hukuman penjara bekas Ahli Parlimen Pekan itu dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Sementara itu pada 26 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas bekas perdana menteri itu selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.

Beliau memfailkan rayuan pada 29 Dis 2025.

Dalam kes sivil pula, Mahkamah Tinggi pada 31 Mac lepas memerintahkan Najib membayar balik USD1.3 bilion kepada SRC International selepas didapati melanggar tanggungjawab fidusiari, menyalahgunakan kedudukan serta menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi, namun pembayaran itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

Najib turut berdepan dua lagi saman, masing-masing oleh SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd pada 2021 serta saman sivil USD5.64 bilion oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya, yang masih dalam prosiding mahkamah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Najib belum jelaskan denda RM50 juta, kata peguam negara — KioskNews