Le DevoirSan Diego et Montréal, deux orchestres pour un même Rafael PayareBollywood HungamaEXCLUSIVE: Amit Sadh calls his Pratap character “Mike Tyson of police force”; admits BO success matters to him more than ever: “I am told even Instagram followers’ matter. Toh yeh toh box office hai yaar!”PunchNine dead in small plane crash near Trump’s Florida homeInquirerMMDA: Light traffic on major NCR roads on All Souls’ Day morningCNN TürkKimi Antonelli, Formula 1 tarihinin en genç şampiyonu olduSky TG24Le prime pagine dei quotidiani di oggi 2 novembre: la rassegna stampa한겨레공격농구에 흥미진진, 줄부상에 한숨…‘외국인 선수 두 명 동시 출전’이 뒤흔든 1라운드Screen RantThe Battlestar Galactica Franchise Officially Returns In 2027The Hollywood ReporterTallinn Black Nights Fest Turns 30 With New Artistic Director, a Latin American Streak and a Baltic BoomVanguardSolar Installation in Lagos: See Costs and BenefitsGIGAZINE「ポイ活」「プレイするだけで現金ゲット」をうたうアプリの人気が爆増、しかし実際にゲットするまでにとんでもない労力を費やさないといけないDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Joe Tate makes surprising new decisions
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Selangor sedia makanan percuma untuk calon SPM

Translate

Kerajaan Selangor dalam perancangan menyediakan kemudahan makanan percuma khusus buat kira-kira 70,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri itu menerusi inisiatif khas Nutrisi Selangor (NutriSel) SPM 2026.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata ia bertujuan agi memastikan semua pelajar Tingkatan Lima menerima makanan sewajarnya sepanjang hari peperiksaan bagi mata pelajaran teras yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

“Sepanjang peperiksaan itu, kita akan sediakan makanan pagi atau makanan sewajarnya (tengah hari) kepada anak-anak ini supaya mereka dapat memasuki dewan peperiksaan tanpa halangan serta menambah semangat mereka untuk menjawab soalan.”

Katanya selepas menyampaikan pek makanan Program NutriSel yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Fadzil Ahmad di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, di sini.

Amirudin berkata, inisiatif khas Nutrisel SPM 2026 itu sebahagian daripada pelaksanaan Program NutriSel yang bermula sejak Ogos lalu bagi menjaga kebajikan serta pemakanan 104,640 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada kategori B40, dengan peruntukan melebihi RM12.5 juta.

Jelasnya, peruntukan bagi program itu merangkumi sumbangan RM7.82 juta daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala RM4.73 juta daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, kerajaan negeri turut mengagihkan roti dan susu kotak secara percuma menerusi inisiati Mega Nutrisel kepada 993,670 murid di 962 sekolah seluruh Selangor dengan kerjasama rakan strategik Farm Fresh dan Gardenia.

“Mega Nutrisel akan dilanjutkan sehingga 6 atau 7 Nov, sebelum peperiksaan SPM berlangsung dan diberikan kepada semua pelajar secara sekali pengagihan.

“Peruntukannya tidak sebanyak Nutrisel asas kerana kita mahu meraikan semua pelajar, dengan kawasan Shah Alam saja merangkumi hampir 125,000 murid.”

Terdahulu, Amirudin dan Fadzil diiringi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Shahzihan Ahmad mengagihkan pek Program NutriSel kepada 1,321 murid SRAI Seksyen 19, di sini, termasuk 37 murid penerima NutriSel asas.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.