The Jerusalem PostIsraelis favor Netanyahu, Eisenkot debate as poll shows PM's bloc ahead - pollESPN DeportesFalcons se van al descanso en ventaja ante unos Ravens finos en goles de campoESPNRanking the final four teams한겨레서울시 ‘모아통합기획’ 공모…2030년까지 후보지 100곳 목표InquirerKin of 3 killed in Cagayan de Oro road crash cry for justiceZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLDe quem é Nossa Senhora?Lenta.ruВ Бурятии за неделю ликвидировали десятки медведей из-за угрозы людям경향신문전남광주시, 햇빛소득마을 2차 공모 105개 마을 선정···전국 최다中国新闻网日月谭天丨为何说在当前国际局势下 赖清德的“台独”呓语更显可笑?Malay MailHorror movie ‘Other Mommy’ scares up US$27.5m debut in North America as ‘The Social Reckoning’ stumblesThe Sydney Morning HeraldAustralian engineer Robert Pether released from Iraqi prison
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 12, 2026

139 maut bot bawa migran terbalik di perairan Djibouti

Translate

Sekurang-kurangnya 139 migran maut, manakala 84 lagi hilang selepas sebuah bot membawa 350 orang terbalik di perairan Djibouti, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Ahad, lapor Xinhua.

Bot itu dalam perjalanan dari Djibouti ke Yaman apabila terbalik pada malam antara Khamis dan Jumaat. Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu, pasukan IOM berada di lokasi bersama pihak berkuasa tempatan bagi memberikan bantuan kecemasan.

“Ini merupakan kehilangan nyawa amat menyedihkan. Simpati kami kepada mangsa terselamat serta keluarga yang kehilangan orang tersayang atau masih menanti khabar ahli keluarga mereka,” kata Ketua Misi IOM di Djibouti, Alexandre Coissac.

“Tragedi ini menjadi peringatan jelas bahaya yang dihadapi migran di sepanjang laluan migrasi ini ketika mereka mencari peluang ekonomi.”

Agensi migrasi PBB itu dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan daripada 109 mayat yang ditemui, 52 ialah lelaki, 42 wanita dan 15 kanak-kanak.

Lebih 80 orang terselamat dalam nahas bot itu dan semuanya warga Ethiopia, manakala pihak berkuasa Djibouti meneruskan operasi mencari dan menyelamat di tengah-tengah kebimbangan terhadap mereka yang masih hilang.

Pihak berkuasa tempatan turut memberikan rawatan perubatan kepada mangsa terselamat serta menguruskan pengebumian secara terhormat bagi mangsa korban.

Nahas bot terbaharu itu antara beberapa tragedi seumpamanya yang meragut banyak nyawa di kawasan pesisir Laut Merah Djibouti.

Migran dari Afrika Timur sanggup menempuh laluan berbahaya dengan harapan dapat sampai ke Asia Barat melalui Yaman yang dilanda perang, di mana destinasi utama mereka ialah Arab Saudi, yang terletak di utara Yaman.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.