Bollywood HungamaYeh Prem Mol Liya Box Office Day 3 Advance Booking: Ayushmann Khurrana-Sooraj Barjatya film sells over 1.12 lakh tickets; Sunday advance hits Rs. 2.85 croresDaily MaverickSPLINTERING PACT: GNU’s future in the balance as ANC-DA relations hit the rocksPunchFrom Messi to Fofana: Football stars booed by their own fansThe Jerusalem PostMike Love, Beach Boys co-founder, voice behind some of America's biggest surf rock hits, dies at 85한겨레‘깜빡이 행렬’ 시작되며 고속도로 뻥~ 쇼크 빠진 5살 아이 살렸다InquirerFemale nurse seriously wounded in Cotabato shooting incidentEl ComercioSNAP en Florida: cuándo cae tu pago de diciembre de 2026 según tu número de casoThe Sydney Morning HeraldShock crash for Kostecki takes him out of title fightAntara NewsIndonesia trains Hajj officers to prioritize pilgrims' welfareХабрKubernetes. Проходим тех собеседование используя метод «дворца памяти»CumhuriyetAKOM haftalık hava tahminini açıkladı: İstanbul'a Sibirya soğuğu geliyorESPN Deportes¡Rayados elimina al América en casa y avanza a semifinales!
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 29, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Armizan harap kerajaan pusat segerakan projek Sabah Southern Madani Link Fasa 1B

Translate

Kerajaan persekutuan diharap dapat memberikan pertimbangan khas agar komponen projek Sabah Southern Madani Link (SSML) Fasa 1B dimulakan segera tanpa menunggu projek sama Fasa 1A siap.

Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd Ali, berkata pertimbangan segera peruntukan Fasa 1B adalah antara penyelesaian jangka panjang terhadap gangguan bekalan elektrik berskala besar di pantai timur Sabah.

“Insiden terkini gangguan bekalan elektrik di lapan daerah pantai timur Sabah adalah berpunca daripada faktor bencana alam, perkara ini perlu diberi perhatian serius, kerana insiden seumpama pernah terjadi September tahun lepas, lebih 150,000 akaun penduduk terkesan.

“Kejadian ini mengganggu urusan harian penduduk dan ekonomi, kita akui bencana alam fenomena di luar kawalan, tetapi strategi mengurus risiko serta kesan sesuatu bencana itu perlu menjadi keutamaan,” katanya kepada pemberita pada program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah Madani, hari ini.

SSML penting bagi mengatasi isu kerentanan sistem grid Sabah bergantung kepada satu talian penghantaran, yang terputus akibat insiden menara T313 di Ranau tumbang, Khamis lalu.

Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup itu berkata, pembinaan SSML melengkapkan rangkaian grid bekalan elektrik di negeri berkenaan kerana ketika ini penghantaran bekalan elektrik daripada pantai barat ke timur hanya bergantung kepada satu laluan, iaitu East West Link.

“Jadi, kita rayu sangat-sangat kepada kerajaan persekutuan untuk mempertimbangkan dan meluluskan segera peruntukan untuk pelaksanaan Fasa 1B Projek Sabah Southern Madani Link. Dengan itu lengkaplah grid di Sabah ini East West Link dan juga Southern Link, yang menjadi penyelesaian kepada insiden besar gangguan kepada bekalan elektrik di kawasan pantai timur Sabah,” katanya.

Armizan berkata, Sabah berterima kasih kepada kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang meluluskan pinjaman mudah kepada Sabah Electricity bernilai RM198 juta, membolehkan SSML Fasa 1A dilaksanakan dan disasarkan siap pada September 2028.

“Namun, Fasa 1A hanya melibatkan jarak 60 km dari Mengalong, Sipitang ke Upper Padas, Tenom tetapi permohonan peruntukan bagi Fasa 1B melibatkan anggaran RM1.4 bilion belum diputuskan oleh kerajaan persekutuan.

“Fasa 1B adalah projek kritikal sebagai pelengkap kepada keseluruhan Projek Sabah Southern Madani Link, yang melibatkan jarak kira-kira 270 km dari Upper Padas ke Tawau,” katanya.

Armizan berkata, sejak 2021 lagi kerajaan Sabah telah mengajukan tentang projek itu kepada kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor mencadangkan pelaksanaan projek ini yang jauh lebih kritikal sebagai ganti kepada Projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP) yang telah dibatalkan pada 2018 kerana isu berbangkit berkaitan status pelaksanaan dan pembayaran,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata baru-baru ini kerajaan persekutuan mengumumkan pelaksanaan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) sebagai ganti kepada Projek TSGP serta MPP.

“Jadi, kita harap kerajaan persekutuan sewajarnya memberikan pertimbangan supaya projek gantian bagi TSGP dan MPP juga memanfaatkan Sabah dengan pelaksanaan keseluruhan Fasa 1A dan Fasa 1B Projek Sabah Southern Madani Link dengan memberikan kelulusan peruntukan pada kadar segera,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.