CNN TürkSHAKHTAR DONETSK - FENERBAHÇE MAÇI NE ZAMAN? Shakhtar Donetsk - Fenerbahçe maçı nerede oynanacak?PunchMeet Busari, coach behind Flamingos’ historic World Cup triumphThe Jerusalem PostAt least 17 injured after bus, minibus crash on Ayalon HighwayDaily MaverickSTEPPING UP: Simon Harmer’s transition from exile to Proteas’ top Test spinnerБи-би-сиСтрельба в Кракове: убиты шесть человек, власти заявили об ультраправых взглядах нападавшего, в его доме обнаружены тела его родителей и сестрыWirtualna PolskaPierwsza taka sytuacja od 1939 roku. Hejnał mariacki zamilkłIl Fatto QuotidianoJosh O’Connor sarà il nuovo James Bond? “È un momento incredibilmente bizzarro, quasi surreale. È davvero incredibile”MyJoyOnlineIsaac Aboagye Duah elected Tennis President of West Africa ZoneNU.nlDoden in huis schutter Krakau zijn zus (21) en ouders, oproepen tot bloeddonatietazNeuer Zürich-„Tatort“: Ein ungleiches Duoالشرقالصين.. الحزب الشيوعي يستعد لمؤتمره العام في 2027 بزيادة عدد مندوبيهkickerNächstes Wintermärchen? Hens hofft auf "so eine Euphorie"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Abang Johari yakin 4 penyandang akan dipilih rakyat

Translate

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg menyuarakan keyakinan empat penyandang kerusi DUN daripada GPS akan terus mendapat kepercayaan dan mandat rakyat pada PRN13.

Penyandang yang dimaksudkan ialah Adun Stakan iaitu Hamzah Ibrahim, Ibrahim Baki (Satok), Fazzrudin Abdul Rahman (Tupong) serta Martin Ben (Kedup).

“Hari ini saya tidak mahu bercakap banyak kerana apabila saya melihat wajah mereka (penyandang) yang hadir hari ini, saya tahu mereka ini tetap akan terus dipilih oleh pengundi,” katanya berucap pada majlis pelepasan konvoi bermotosikal Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada 6 Nov, Ketua Penerangan PBB Abdul Karim Rahman Hamzah berkata senarai calon yang akan mewakili GPS pada PRN13 dijangka diumumkan pada majlis penyerahan watikah sebelum hari penamaan calon pada 28 Nov.

Sementara itu, Ketua Whip Parlimen GPS Fadillah Yusof menggesa jentera GPS memperhebat gerak kerja bagi memaksimumkan peratusan keluar mengundi, sekali gus melakar kemenangan besar pada pilihan raya berkenaan.

Fadillah berkata matlamat utama ketika ini adalah menggerakkan seluruh jentera parti bagi memastikan GPS memperoleh kemenangan besar di semua kawasan.

“Beduk sudah berbunyi. Maksudnya, lepas ini kita kena berjuang bagi memastikan 12 Dis nanti, orang turun beramai-ramai mengundi dan undi GPS,” katanya ketika berucap.

Beliau menyatakan keyakinan terhadap komitmen dan keupayaan jentera parti yang disifatkannya sebagai mempunyai semangat juang serta kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

GPS dianggotai empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, manakala penamaan calon pada 28 Nov dan pengundian awal pada 8 Dis.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.