PunchSoldiers rescue three abducted victims in KebbiThe Jerusalem PostWith two days until election: Eisenkot leads over Netanyahu, but neither can reach majority - pollInquirerLacson: Use ‘savings’ from Senate budget cuts for El Niño preparationsCNN TürkTütün ürünü kullanımına yeni düzenleme: Açık alanlarda sınırlanacak한겨레아파트서 부부싸움 중 방화 50대…긴급체포20 MinutenLindt-Präsident: «Tut weh, die Produkte im Ausverkauf zu sehen»ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالنهارالجيش الإيراني يسقط مسيّرة أميركية في بندر عباس... عراقجي: الهجوم مجدّداً علينا لن يُحقّق نتائج مختلفةCapital FMRuto Praises Kalonzo for Recognising Govt Development Record in Ukambani경향신문트럼프 행정부, ‘알래스카 결과 확정 보류’ 소송···선거 막판 ‘부패 스캔들’ 변수될까Het Laatste Nieuws“Hij moet zijn tijd nemen”: ook collega-trainers leven mee met Vincent KompanyMintFrom France to Italy, what protests mean for Europe’s $187 bn winter tourism industry ahead of Christmas-New Year season
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

Menteri bidas kumpulan kibar Jalur Gemilang terbalik di Australia

Translate

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud membidas sekumpulan rakyat Malaysia dipercayai dari Malaysia Timur kerana mengibarkan Jalur Gemilang terbalik di depan Bangunan Parlimen Victoria di Australia.

Kumpulan yang juga sebahagian daripada NGO berdaftar di Australia dikenali ‘Sabah Sarawak Keluar Malaysia’ berbuat demikian ketika mengadakan demonstrasi di depan Bangunan Parlimen di Melbourne semalam.

Mustapha berkata, tindakan kumpulan itu langsung tidak mencerminkan budaya penduduk Sabah dan Sarawak yang beradab serta santun, selain berisiko menjejaskan reputasi rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di sana.

Beliau menggalakkan orang ramai membuat aduan rasmi tindakan kumpulan itu kepada polis supaya kandungan media sosial yang memaparkan Jalur Gemilang terbalik disiasat.

“Lebih 20 tahun lalu, perjuangan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dianggap isu sensitif, ada yang ditahan pihak berkuasa dan berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Hari ini, hak Sabah dan Sarawak boleh dibincangkan secara terbuka, malah menjadi agenda utama kerajaan Madani,” kata ketua PKR Sabah itu menurut Berita Harian.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.