RTP DesportoTenista Francisco Cabral perde final de pares do Masters 1.000 de XangaiInquirerMotorcycle-riding men rob gas station in Ilocos NortePunchJigawa ADC chieftain warns of PDP threat ahead of 2027CNN TürkAmasra’da fırtına: Dalgaların boyu 6 metreye ulaştıInquirer Entertainment‘Iskul Bukol’ actor Anthony Roquel dies at 68Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Addinath M Kothare reveals 2 out of 5 ACs on Nayyi Navelli sets were reserved ONLY for him: “My sweat was dripping through the prosthetics; andar se mera body melt ho raha tha!”Daily MaverickFILLING A GAP: Disabled students face increased mental health risks, UWC student researcher finds한겨레‘일잘러 이재명’ 시즌2는 시스템으로 [아침햇발]UOLLula e Flávio ficam frente a frente pela 1ª vez em debate da Band
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

BN tak terkesan kemelut N Sembilan menjelang PRN Melaka

Translate

Kemelut politik Negeri Sembilan tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) berdepan PRN Melaka.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata apa yang penting strategi disusun pucuk pimpinan diterjemah jentera parti bagi meraih kemenangan pada PRN itu.

“Strategi yang baik tetapi tidak dilaksanakan, itu juga akan menggagalkan perancangan kita.

“Kita buat strategi cantik-cantik, pada zahirnya sangat baik, dan ramai orang yang akan mengundi ataupun dikategorikan sebagai pengundi putih kepada BN, tetapi kalau kita tidak buat (mereka) keluar (mengundi) pun tak bermakna, dia tidak masuk ke dalam peti undi,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutupan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa), di Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka pada 14 Nov depan dengan penamaan calon 31 Okt, manakala undi awal 10 Nov.

PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima dan Perikatan Nasional, dua.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.