PunchMorning recap: APC-Accord Osun naira rain, Atiku’s fuel subsidy debate, other top storiesוואלהאדם נפצע קשה באירוע ירי בצומת פלוגות - המשטרה החלה לחקור את האירועThe Jerusalem PostIs AI clairvoyant? ChatGPT can make personality tests and predict responses, Israeli study finds한겨레북한, 일본 최대 방위비 편성 추진에 “침략전쟁 준비…철저히 반격할 것”SözcüFransa'da kuraklık ülkeyi 50 yıl geriye götürdü: İçme suyu tankerle taşınır olduCNN TürkSanal medya siber suçluların işini kolaylaştırıyorThe Sydney Morning Herald‘People like me don’t have babies’: Inside the clinic helping addicted expectant mumsEgypt IndependentEgyptian Irrigation Minister: GERD is illegitimate and we’ll not recognize ItRTL BoulevardRob Kemps viert eerste huwelijksjubileumIl Fatto Quotidiano“Non aspettate la perfezione e seguite la regola dell’80-20”: a 28 anni lascia un lavoro da 80 mila euro per fare il gelato con suo fratello, oggi la sua azienda è un successo. La storia di Vivien WongNew Straits TimesHiker found safe after 19 hours lost in Lambir Hills National ParkSBS 뉴스민주당 "'1심 유죄' 오세훈, 무죄 프레임 골몰…변명말고 사과해야"
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, August 22, 2026

Anwar, Shehbaz sepakat ketegangan serantau perlu ditangani dengan dialog, diplomasi

Translate

Sebarang ketegangan perlu ditangani secara cermat menerusi dialog dan diplomasi, bagi memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata pendirian itu turut dipersetujui Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, ketika mereka bertukar-tukar pandangan terkait perkembangan semasa di rantau ini, serta perkembangan hubungan Iran-Amerika Syarikat.

Menerusi hantaran di Facebook, perdana menteri berkata perkara itu dibincangkan ketika perbualan telefon dengan Shehbaz, yang turut bertanyakan perkembangan kesihatan beliau.

“Kami juga membincangkan perkembangan hubungan Iran-Amerika Syarikat dan menegaskan pentingnya libat urus berterusan bagi meredakan ketegangan. Selat Hormuz pula mesti kekal terbuka dan selamat bagi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa,” kata beliau.

Anwar berkata perbualan berkenaan turut memperkukuh komitmen Malaysia dan Pakistan, untuk memperhebat hubungan perdagangan dan ekonomi yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan termasuk memperluas eksport daging Pakistan ke Malaysia.

Beliau berkata setiap komitmen yang dicapai perlu segera diterjemahkan kepada hasil nyata, yang memberi manfaat kepada rakyat serta kedua-dua negara.

“Malaysia akan terus mendukung Pakistan sebagai negara sahabat dan rakan penting, insya-Allah,” kata perdana menteri.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Shehbaz, atas doa serta kiriman bunga dan buah-buahan susulan keadaan kesihatannya, selain memaklumkan bahawa beliau kini dalam proses pemulihan.

Sebelum ini, perdana menteri selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.