ESPN DeportesMLB Playoffs 2026: así llegan Brewers y Dodgers a la NLCSESPNFive! Comparing A'ja Wilson's MVP run to some all-time greatsThe Jerusalem PostUnited grounds pilot who praised October 7 massacre after reports of reinstatement - reportInquirerLPA, ITCZ to bring rain in many parts of the country on Saturday (Oct. 10)Inquirer EntertainmentBTS fever grips Peru, group’s car mobbed by fansZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLChina abandona sua principal estratégia para reduzir custos de logísticaRapplerSome SKs will be ‘trentahin’ by 2028. They’re not happy about it either.ABC NewsHurricane Isaias updates: Category 2 storm makes landfall in Florida PanhandleNew Straits TimesRM12.47mil in cryptocurrency stolen from man's digital walletWirtualna PolskaZabiła córkę i zaatakowała dwóch synów. Ostateczny wyrok SNDaily Mail'Cornell 7' frat boy told friends he was going to Thailand to 'find himself' after gang rape allegations... as his father is revealed to be a professor of Sharia Law and his privileged life unravels
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Perbaiki suasana kerja untuk kekalkan doktor, kerajaan diberitahu

Translate

Tawaran kerajaan untuk menambah jawatan tetap bagi doktor kontrak perlu disertai langkah meningkatkan pengekalan mereka dalam sistem kesihatan awam, kata seorang penyelidik kesihatan awam.

Ilyana Mukhriz, pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), berkata pelantikan tetap sahaja tidak akan menyelesaikan cabaran mengekalkan doktor dalam sistem kesihatan awam, meskipun ia merupakan langkah penting untuk meningkatkan jaminan pekerjaan.

“Peruntukan belanjawan sahaja tidak dapat menyelesaikan semua masalah. Namun, langkah seterusnya perlu memastikan doktor mempunyai keadaan kerja yang baik, komunikasi yang jelas mengenai peluang perkembangan kerjaya, jawatan kanan tetap yang lebih mencukupi menerusi pewujudan jawatan berdasarkan kluster dan merit, serta imbuhan yang adil,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata doktor yang ditempatkan di kawasan luar bandar juga perlu diberikan kuarters kediaman, kemudahan rehat dan akses kepada keperluan asas yang mencukupi.

Ilyana Mukhriz

Ilyana Mukhriz.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2027 semalam, kerajaan mengumumkan lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun depan. Doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah juga akan ditawarkan pelantikan tetap sebagai pegawai perubatan.

Bagaimanapun, Ilyana berkata sebelum ini terdapat doktor yang tidak melapor diri untuk bertugas walaupun sudah menerima tawaran jawatan tetap. Minggu lalu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata hanya 63% pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan tetap di Sabah dan Sarawak tahun ini telah melapor diri.

Dalam pada itu, Ilyana berkata Belanjawan 2027 sepatutnya memberikan penekanan lebih besar kepada usaha mencegah penyakit kronik melalui pendidikan dan program yang menggalakkan perubahan tingkah laku.

“Jika kita tidak menangani peningkatan penyakit kronik, kita akhirnya akan membelanjakan lebih banyak wang pada masa depan untuk menyediakan rawatan bagi menyembuhkan penyakit.”

Beliau turut menggesa penambahbaikan dalam proses perolehan dan penyelenggaraan peralatan perubatan. Katanya, sesetengah aset hospital tidak lagi dapat dibaiki walaupun lebih RM770 juta diperuntukkan untuk peralatan baharu.

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata penukaran jawatan doktor kontrak sedia ada kepada jawatan tetap tidak semestinya meningkatkan bilangan petugas kesihatan yang memberikan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Khalib, menggesa pelaksanaan program pengambilan dan pengekalan petugas kesihatan yang dibiayai untuk tempoh beberapa tahun, serta penubuhan suruhanjaya perkhidmatan kesihatan bebas bagi menambah baik pengambilan, penempatan, imbuhan dan perkembangan kerjaya.

Beliau berkata Belanjawan 2027 telah melepaskan peluang untuk melaksanakan reformasi struktur dalam sektor kesihatan kerana peningkatan perbelanjaan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah yang membelenggu sistem itu.

“Belanjawan ini memberikan kelegaan dalam beberapa bidang penting. Bagaimanapun, ia mengelak daripada membuat keputusan sukar yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan mampan, mampu dibiayai dan mudah diakses dalam tempoh sedekad akan datang,” katanya.

Belanjawan 2027 memperuntukkan RM47 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM), sedikit meningkat berbanding RM46 bilion pada 2026.

Langkah lain termasuk peruntukan lebih RM770 juta bagi peralatan perubatan moden, RM200 juta untuk penyumberan luar rawatan pesakit ke hospital lain bagi mengurangkan tempoh menunggu, RM1.2 bilion untuk penyelenggaraan kemudahan kesihatan awam, pengenalan skim insurans perubatan MediAsas serta pelaksanaan rekod perubatan elektronik di seluruh negara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.