ESPNWNBA Finals Game 3 live updates, analysis and highlightsESPN DeportesAmérica aplasta al Atlas y firma una noche redonda en GuadalajaraThe Jerusalem PostUS, Israel have detailed plans for renewed Iran strikes focusing on short, intense attacks - reportPunchOndo crash: Residents lament non-fumigation of site한겨레한은, “올해 성장률 3.3% 상당 폭 상회할 것”Daily MaverickAMABHUNGANE ANALYSIS: Gloves come off between PetroSA and ex-partner, Nako EnergyZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLFlávio Bolsonaro fez festa em lancha com lobistas e prostitutas durante a pandemia, diz revistaGIGAZINE文化についてAIに質問すると日本が選ばれやすい傾向がある、8モデル・24言語で回答の偏りを調査New Straits TimesTuJu temporarily offline amid system upgradesLa NaciónLa carta que Robert De Niro le escribió a la viuda de Luis Brandoni a seis meses de su muerte: “Perdona que me haya tomado tanto tiempo”DeadlineSara Bareilles Is “Still Holding Out” For A ‘Girls5eva’ Movie: “We’d Do It In A Heartbeat”
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 22, 2026

Kontroversi khalwat dijangka tak jejas sokongan Nik Nazmi dalam Bersama

Translate

Kontroversi khalwat membabitkan Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka tidak banyak menjejaskan sokongannya dalam kalangan penyokong Bersama, yang cenderung memisahkan kehidupan peribadi seseorang ahli politik daripada rekod politiknya, kata penganalisis.

Namun, mereka berkata isu itu mungkin menyukarkan parti serpihan PKR berkenaan menarik sokongan pengundi Melayu konservatif ketika Bersama cuba meluaskan asas sokongannya.

james chin

James Chin.

James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, kontroversi itu tidak semestinya menamatkan kerjaya politik Nik Nazmi kerana penyokong parti berbilang kaum lazimnya dapat membezakan antara kehidupan peribadi dan prestasi politik seseorang pemimpin.

“Tidak, ini bukan pengakhiran kerjaya politiknya,” katanya kepada FMT.

Chin berkata, beberapa ahli politik sebelum ini berjaya meneruskan kerjaya selepas berdepan kontroversi seumpama itu, dengan memberi contoh Presiden Amanah Mohamad Sabu dan bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek.

Mohamad, yang ketika itu pemimpin Pemuda PAS, didakwa berkhalwat pada 1995 tetapi dibebaskan Mahkamah Syariah Kelantan tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Pada 2011, beliau dipilih sebagai timbalan presiden PAS.

Chua pula meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2008 susulan skandal seks, namun kembali aktif dalam politik dua tahun kemudian apabila memenangi jawatan presiden MCA.

Menurut Chin, perkembangan itu menunjukkan seseorang ahli politik masih berpeluang untuk kembali selepas berdepan kontroversi.

“Banyak bergantung kepada parti mana anda datang. Jika dari PAS, mungkin sukar untuk kembali, tetapi jika dari DAP atau PKR, ia sebenarnya tidak begitu menjadi masalah,” katanya.

Nik Nazmi, yang juga pemimpin bersama Bersama, mengesahkan pada Sabtu bahawa beliau dan seorang wanita ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Petaling Jaya pada 15 Okt kerana disyaki berkhalwat.

Susulan kejadian itu, bekas Ahli Parlimen Setiawangsa berkenaan digantung keahlian oleh Bersama selama tiga bulan.

Syaza Shukri

Syaza Shukri.

Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut berpandangan, kontroversi itu tidak mungkin memberi kesan politik berpanjangan terhadap Nik Nazmi, walaupun isu seumpama itu boleh menjejaskan seseorang ahli politik dalam jangka pendek, terutama jika berlaku hampir dengan pilihan raya.

Katanya, skandal berkaitan dakwaan hubungan seksual lazimnya menimbulkan sensitiviti lebih besar dalam kalangan pengundi Melayu berbanding skandal kewangan kerana ia sering dikaitkan dengan soal “maruah dan kehormatan” seseorang pemimpin.

Menurut Syaza, cabaran lebih besar bagi Bersama ialah menarik pengundi Melayu baharu dan bukannya mengekalkan penyokong sedia ada kerana parti itu sememangnya belum mempunyai asas sokongan Melayu yang besar.

“Insiden ini akan menyukarkan mereka menarik pengundi Melayu yang masih belum membuat keputusan,” katanya, sambil menambah Bersama dijangka tidak berdepan masalah besar mengekalkan penyokong sedia ada.

Sokongan keluarga pengaruhi peluang kembali

Kedua-dua penganalisis turut berkata peluang Nik Nazmi untuk kembali aktif dalam politik mungkin dipengaruhi reaksi keluarganya terhadap kontroversi itu.

Chin berkata, peluang bekas menteri persekutuan itu untuk bangkit semula lebih baik sekiranya keluarganya terus memberikan sokongan.

“Selagi keluarga berdiam diri dan tiada siapa bercakap mengenainya, perkara itu akan dimaafkan,” kata Syaza.

Katanya, sokongan terbuka daripada isteri Nik Nazmi juga boleh membantu beliau mendapatkan semula kepercayaan orang ramai.

Syaza berkata, pengundi berhak menilai tingkah laku peribadi ahli politik, namun mereka juga wajar memberi peluang kepada seseorang pemimpin untuk memperbaiki keadaan.

“Saya rasa pengundi akan memaafkan, terutama jika beliau mengambil langkah yang betul.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.