CNN TürkYeni "James Bond" belli olduPunchPlateau newlyweds die in fire, probe beginsInquirerCebu archbishop questions PH participation in Pax SilicaThe Jerusalem PostIDF investigating reported attempted attack near Jericho, military says한겨레뱀파이어, 배트맨 거쳐 이젠 첩보원…7대 제임스 본드에 패틴슨ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerSpy scandal, US midterm defeat heat up Trump’s Asia visitNHK 社会【動画】Pickup NEWS(11月17日)매일경제화인베스틸, 3분기 누적 영업익 34억…조선업 호황 힘입어 ‘흑자 전환’Lenta.ruФБР изъяло оборудование для расследования причин масштабного сбоя в авиасообщении СШАSBS 뉴스고민수 방미통위 부위원장 "낡고 경직된 규제는 과감히 혁신해야"Malay MailUS air travel returns to near-normal after historic nationwide ground stop
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 17, 2026

DAP belum hubungi kami selepas gesa pembangkang bersatu, kata ketua PBK

Translate

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan, berkata DAP Sarawak belum berhubung dengan partinya selepas gesaan untuk parti pembangkang mengelakkan perpecahan undi pada PRN bulan depan.

Voon berkata, beliau meragui kesediaan DAP bekerjasama dengan PBK, tetapi pada masa sama, beliau dilihat kurang berminat untuk membentuk pakatan dengan DAP yang disifatkannya parti berteraskan kaum Cina, bukannya parti berbilang kaum sebenar.

Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi usaha DAP Sarawak membentuk pakatan dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), yang memfokuskan kerusi majoriti Dayak.

Menurutnya, DAP sedang bergelut untuk kekal relevan susulan prestasi hambar pada PRN Sarawak 2021.

“Tanpa sokongan lebih kukuh daripada pengundi Dayak, khasnya di kawasan bandar, DAP mungkin sukar bertahan daripada sentimen semakin meningkat rakyat Sarawak terhadap parti politik berpangkalan di Semenanjung,” katanya kepada FMT.

Bekas ahli DAP itu berkata, PBK mengambil pendekatan berbeza sebagai parti Sarawak yang tidak memecahbelahkan pengundi berdasarkan garis etnik, sebaliknya menganggap semua kaum setara. “PBK mungkin sukar bekerjasama rapat dengan parti yang dilihat memperjuangkan agenda perkauman sempit.”

“Sukar untuk PBK mencari titik persamaan dengan parti politik berpangkalan di Semenanjung kerana PBK berpendapat Perjanjian Malaysia 1963 tidak pernah bertujuan membenarkan parti berpangkalan di Semenanjung Malaysia mendominasi hala tuju politik Sarawak.”

PBK tidak memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak 2021, tetapi bertanding di lima kerusi mungkin menyumbang kepada kekalahan DAP di tangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjong Batu dan Pujut.

Ribuan undi diperoleh calon PBK dan Parti Sarawak Bersatu (PSB), sekali gus menyebabkan sokongan yang mungkin memihak kepada DAP berkurangan.

PSB dibubarkan kemudian dan diserap ke dalam parti komponen GPS, iaitu Parti Demokratik Progresif.

Minggu lalu, Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling, berkata parti itu berharap dapat mencapai persefahaman pilihan raya dengan PBDS bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang dalam pertandingan pelbagai penjuru menentang GPS.

Kepentingan berteraskan Semenanjung

Voon yang juga bekas Adun Batu Lintang berkata, GPS masih menjalin hubungan erat dengan kepentingan politik berpangkalan di Semenanjung, walaupun ia memperkenalkan dirinya sebagai gabungan parti tempatan.

Jelasya, rakyat Sarawak patut mengundi parti yang benar-benar berteraskan Sarawak.

“Sarawak memerlukan sebuah parti yang mewakili semua rakyat Sarawak, melindungi hak Sarawak dan mempertahankan masa depan Sarawak. PBK ialah parti itu. PBK memperjuangkan Sarawak untuk rakyat Sarawak dan demi masa depan Sarawak.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.